<

20 - 25 Jun 2009 aku ke Kluang Johor untuk menghadiri satu kursus yang berkaitan dengan bola tampar. Seramai 40 orang pengadil negeri turut serta bersama aku mengikuti kursus yang dikendalikan oleh Angkatan Tentera Malaysia. Sepanjang tempoh kursus berbagai ragam kawan, cerita serta makanan ingin aku kongsi bersama untuk tatapan pengunjungku…



Gambar beramai-ramai perserta kursus dengan tenaga pengajar semasa Kursus Calon Pengadil Kebangsaan

19 Jun 2009 - HARI PERTAMA

Aku mula bertolak dari Kota Kinabalu pada jam 9.00 pagi, disebabkan masalah teknikal aku terpaksa bertolak awal ke Kluang Johor. Fikiranku ligat berfikir bagaimana caranya hendak ke Kluang apabila sampai di Senai nanti. Sedang aku berbaris menunggu giliran untuk ‘check in’ tiba – tiba seorang pemuda menegurku..”Pak cik nak balik kampungkah”..tersenyum seketika...kerana aku sering bergurau dengan kawan-kawan di sekolahku bahawa aku ini keturunan bugis yang berasal dari Johor..Tidak jawabku pada pemuda tersebut....ia agak keliru kerana mungkin memikirkan aku berasal dari semenanjung. Saya pun menjelaskan padanya, bahawa saya berasal dari Sabah dan hendak ke Kluang untuk menghadiri kursus.
Kegelisahan ku terlerai seketika, apabila dia memberitahuku dia berasal dari Kluang bermulalah aku berkenalan dengannya, namanya Farid. Untuk seketika aku jadi pakar motivasi..kauseling padanya berkaitan dengan masalah rumahtangganya sambil itu aku bertanya bagaimana hendak ke Kluang dari Senai.
Lebih kurang jam 11.00 pagi aku sampai di Senai dari airport aku ke Terminal Bas Larkin dengan tambang RM 40.00 . Jam 2.30 bas bertolak dari Terminal Bas Larkin ke Kluang rasanya jam 4.00 ptg aku sampai di Kluang. Turun di Terminal dengan rasa penat..dalam fikiranku satu saja cari hotel. Tak tahu di mana hotel aku jalan sambil mengheret begku dalam hujan renyai-renyai akhirnya terjumpa sebuah hotel bernama Ailang apalagi masuk terus daftar dengan bayaran RM 60.00 semalam..ok juga hotelnya…Malam baru aku terasa sunyi, jika hidup di tempat di mana dia seorang pun yang kita kenal…macam makluk asing saja aku rasa nasib baik aku manusia kalau rupa aku lain pasti dah kena tangkap..gambar….he..he..

20 Jun 209 - HARI KEDUA
Jam 2.00 petang
Aku melaporkan diri ke Stadium Kluang di mana aku akan berkursus. Sebenarnya kedatangan ke Kluang dari Sabah berdua iaitu bersama Puan Hamisah Jampi. Bersama dengannya aku pergi mendaftar, rasanya kami orang pertama datang sunyi macam tiada apa-apa, namun tak lama kemudian sedikit demi sedikit peserta kursus datang untuk mendaftar. Aku duduk sebilik dengan seorang peserta kursus. Dia ini asalnya orang Batu Pahat tapi dek kerana tugasnya sebagai tentera dia tinggal di Seremban, Negeri Sembilan namanya Mohammad.
Jam 8.00 malam
Sesi taklimat bermula berkaitan dengan kursus, sesi perkenalkan diri begitu ceria, semua cuba saling untuk mengenali lebih-lebih lagi mereka begitu teruja tengok kesungguhan kami yang datang dari Sabah…tahulah bukan sedikit kosnya..Aku duduk di bahagian belakang dan berkenalan dengan beberapa orang yang akan menjadi rakan yang begitu akrab sepanjang aku berkursus.. Nizam dia ini tentera udara bertugas pengkalan udara di Pahang, Khairul pegawai polis yang kelakar bertugas di Kedah. Sepanjang berkursus kami berempat termasuk si Mohammad akan bersama makan, jalan-jalan…dan tibai durian


21 Jun 2009 HARI KETIGA





Kami diberi taklimat tentang Peraturan Bola Tampar, bagaimana hendak mengendalikan suatu pertandingan Bola Tampar bermula dari masuk gelanggang hinggalah sesi bermulanya suatu pertandingan…tengok aku seriusnya mendengar taklimat dari En. Joseph Gerard (tiada dalam gambar)




Aku (pakai Kupiah) mendengar taklimat tentang protocol masuk gelanggang, yang peluk tiang kita orang panggil Atoi, dia ini budak berasal dari Kudat, Sabah tapi sudah 12 tahun duduk di Kedah kerana tugasnya dalam tentera. Satu lagi yang abang Nampak serius namanya Murad tentera juga tapi kekadang kelakar juga orangnya..


21 Jun 2009 - HARI KEEMPAT
8.00 pagi hingga 8.00 - malam kami lebih tertumpu pada sesi kuliah dan soal jawab berkaitan dengan masalah dalam permainan bola tampar. Malam kami diberi ruang rehat.

9.00 malam – Nizam, Khairul dan Mohammad ajak aku ke Air Hitam tengok hasil barangan makanan ringan di sana. Khairul sibuk cerita dengan aku pasal pisang salai. Seronok juga nak tahu pasal pisang salai. Oleh kerana suasana malam aku tak nampak sangat meriahnya kawasan itu..tapi aku tergelak juga sebab pisang salai itu sama dengan pisang salai yang dijemur oleh orang-orang suku bugis di Sabah..satu kaum mestilah makanan juga hampir serupakan..

23 Jun 2009 – HARI KEEMPAT

Kami dibahagikan kepada dua kumpulan, namun hari ini bukan giliranku untuk terlibat dalam latihan atau praktkal (ujian) mengadili perlawanan. Kami yang tidak terlibat untuk jadi pengadil dikehendaki membuat Catatan Skor. Setiap seorang dari kami hanya diberi 2 borang. Jadi kenalah buat hati-hati dan pilih ‘game’ selamat untuk tidak mengotorkan kertas skor. Seronok tengok kawan yang telah selesai dengan tugas sebab selamat…sudah ujian praktikal aku yang tunggu giliran esok …debarannya belum selesai

24 Jun 2009 – HARI KELIMA




Jam 8.00 pagi – Sesi taklimat tentang perkara – perkara yang berkaitan semalam serta pemberitahuan bahawa malam nanti kami akan buat ujian Teori. Tambah dua debaran buat diriku sebab pagi ini aku akan ‘blow’ malam pula ada ujian…
Jam 9.00 pagi - merupakan ujian yang sangat getir buatku kerana terpaksa mengadili perlawanan tuan rumah.. gemuruh macam tak biasa aku mengadili perlawanan bola tampar..tak bohonglah game ini aku telah digagalkan nasib aku kena buat sekali lagi…akhirnya aku lulus juga ujian praktikal.
Jam 10 malam – Kami buat ujian bertulis punyalah susah dengan soalan struktur dan situasi. Keputusan tak tahu lagi…

25 Jun 2009 (HARI KEENAM)
Kami dikehendaki semua berkumpul untuk mengahiri sesi ujian lisan. Tujuan untuk membantu mereka yang dapat markah atas pagar agar dapat lulus mugkin semasa menjawab soalan ia tak berapa pasti maka dengan ujian lisan ianya mungkin dapat membantu. Seorang demi seorang dipanggil utuk amsuk ke dalam bilik dan ditemuduga oleh En Rashid.




Namun sempat juga kami bersantai sambil bergambar sebelum berpisah. Tapi debaran tetap juga terasa bilalah giliran aku dipanggil. Terasa begitu gembira buka kepalang apabila Encik Rashid bagi tahu aku LULUS….tapi sedihnya seramai 13 orang gagal…dan terpaksa ambil ujian bertulis semula di Kuala Lumpur pada bula November jika mahu…..

  • Biodata Hamba
      :: Nama ::
      Mohammad Aris Bin Arshad
      :: Asal ::
      Sandakan, Sabah
      :: Pendidikan ::
      Diploma Perguruan Malaysia
      :: Opsyen ::
      Peng.Sains / Peng. Melayu
      :: Email ::
      mohammadarisarshad@yahoo.com.my atau Arisarshad@gmail.com
      :: Alamat ::
      SK. Karamunting, WDT 25, 90009, Sandakan,Sabah
      :: Phone Number ::
      014-8665958

    Mutiara Kata

    • Tujuan agama yang benar dan ilmu yang benar hanyalah satu iaitu menuju kebenaran yang mutlak.Ilmu untuk mengetahui dan agama untuk merasai.Ilmu untuk bendanya dan agama untuk jiwanya. ( Hamka ). Orang yang berakal, tidak berdukacita kerana miskin, bahkan yang menjadikannya berdukacita ialah sekiranya ia berkurangan akal dan tidak mengerjakan amal soleh. (ulama). Sabda Rasulullah saw : Sembahlah Allah eakan-akan kamu melihatNya. Jika kamu tidak melihatNya yakinlah bahawa Allah melihat kamu. Dengan cara begini kamu tergolong di kalangan orang yang baik. (Riwayat Imam Ahmad)

    Degupan

    Waktu Solat

    Notice Board


    Bermula 2 Februari 2009
    7.00 malam

    [TONTON ONLINE]