En. Mohd Azizul Sanin Juruteknik Makmal tengah membaiki komputer pusat akses. Tugas dihari terakhirnya di sekolahku pada 19 Mac 2009 sebelum berpindah ke jawatan baru Pegawai Multimedia. Beliau seorang yang penuh komitmen dengan kerjanya....Syabas daripada pihak saya. Sepanjang beliau di sekolah banyak kerjaku berkaitan dengan makmal dan IT menjadi mudah.







Inilah suasana Pusat Akses Sekolahku, kami tengah sibuk menyediakan username dan password untuk pelajar. Azizul sibuk menyediakan tapak alamat program zoom-a. Makmal ICT belum dapat digunakan sebab masalah elektrik yang baru pulih tapi adalah masalah server pula...





24 hb Mac 2009, Hari pertama program zoom-a di sekolah. Beberapa orang pelajar sedang menjawab soalan yang telah disediakan oleh para guru subjek sains, matematik, Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.....Selamat Berjaya..

8:53 PG


ERTI SEBUAH PERKAHWINAN


Amin………
Ya Allah, Ya Tuhanku, Ku mohon kepada Mu, Kurniakanlah rahmatMu kepada keluarga ku, limpahkanlah rezeki kepada keluarga kami dan jadikanlah kami hamba-hamba Mu yang sentiasa bersyukur.
Amin….
Ya Allah ampunkanlah dosa-dosa kami, ibu bapa kami dan kaum muslimin serta selamatkan mereka daripada seksa neraka Mu.
Amin…..
Arif mengusap kedua tapak tangannya ke muka kemudian berpaling kearah makmun yang telah mengaminkan doanya tadi. Dia memandang wajah-wajah mereka satu persatu sambil tersenyum. Arif menghulurkan tangan kepada anak-anaknya lalu singgah kucupan panas di atas belakang tangan. Apabila tiba giliran isteri yang dicintainya terlebih dahulu dia mengucup dahi isterinya tanda kasih dia pada wanita yang telah berkorban untuknya selama ini. Dia bukanlah wanita yang dicintai oleh Arif, bukan juga calon untuk bertakta dihatinya, jauh sekali terbayang diruang fikiran untuk mengenalinya. Hati Arif sebenarnya milik seorang gadis kampungnya yang memang amat dicintai selama ia mengenal erti cinta. Selama 4 tahun gadis tersebut menanti kepulangannya dari belajar di sebuah sekolah di semenanjung, namun qada dan qadar Allah SWT tiada siapa yang tahu.
Kini 17 tahun telah berlalu usia perkahwinan mereka, masa begitu pantas berlalu. Arif masih terlalu muda ketika dicalonkan untuk berkahwin dengan isterinya. Masih terbayang diruang ingatannya, bagaimana guru yang mendidiknya sejak kecil bertemu dengan kedua ibubapanya untuk memaklumkan bahawa dia ingin mengahwinkan Arif dengan seorang perempuan yang difikirkannya amat sesuai buat diri Arif. “Bang, saya fkir elok sahaja kita kahwinkan si Arif”..kata gurunya kepada ayah Arif. “Sudahkah ada calonnya Brahim”..balas ayah Arif. “Ada, orang kampong Bokara,”..jawab gurunya. “Hai! Mahal permintaan mereka tu, Brahim,” kata ayah Arif dengan rasa terkejut sedikit. “Insya Allah…budaknya ada didikan agama,”..kata gurunya menenangkan hati ayah Arif serta ibunya yang sedari tadi hanya mendiamkan diri sahaja.
Apabila ayahnya bertanya kepada Arif akan hal ini, Arif hanya mampu berkata “jika itu yang difikirkan baik buat diri saya, mudah-mudahan ada hikmah disebalik pewrkahwinan itu nanti”..balas Arif. Namun jauh disudut hatinya berkata-kata “kenapa bukan gadis yang aku cintai?” tetapi kerana hormat dan taat kepada orang yang melahirkan, membesar serta mendidiknya, didiamkannya sahaja perkara ini.
Proses peminangannya berjalan dengan baik. Pihak keluarga isterinya menetapkan hantaran sebanyak RM 3,000.00 dan tempoh bertunang selama enam bulan. Namun terdapat juga sedikit penentangan dari pihak keluarganya, “Apakah tidak ada lelaki di kampong ini lagi yang layak menjadi pilihan kamu, ‘pelik..pelik’ kata mereka kepada bakal isteri Arif ketika itu.
Mungkin juga ada kebenaran kata-kata itu, kerana mereka sanggup menerima Arif sedangkan ketika itu Arif belum lagi punya apa-apa pekerjaan malah menerima diri Arif dengan seadanya. Hingga saat ini Arif masih terasa begitu bangga dan hormat kepada mertuanya kerana sanggup mempertahankan pendirian isteri Arif dan ia sendiri tahu serta maklum akan situasi Arif ketika itu. Hari demi hari berlalu dalam tempoh pertunangannya terasa begitu lama berlalu. Arif sebenarnya tak sabar untuk mengenali bakal isterinya dengan lebih dekat. Arif tak pernah berjumpa atau bercakap dengannya hanya cerita dari mulut ibunya sahaja yang mengatakan bahawa bakal isterinya seorang yang cantik.
30 Ogos adalah hari yang menjadi detik penuh kenangan manis dan lucu buat Arif. Saat yang dinantikannya selama ini akhir tiba jua. Kegusaran hatinya begitu kuat bagai badai tsunami yang melanda. Fikirannya merawang jauh entah ke mana, dia takut nanti bakal isterinya bukanlah seperti yang digambarkan kepadanya. Namun Arif tekad dan berpesan kepada hatinya agar menerima bakal isterinya walau bagaimana sekalipun kerana yang penting ialah agama serta akhlaknya.
Upacara akad nikah berjalan dengan penuh ketenangan, semua telinga tertumpu kepada lafaz akad nikah yang akan disampaikan oleh tuan imam. Bacaan khutbah nikah tentang tanggung jawab suami isteri disampaikan dengan tujuan menjadi panduan hidup bagi mereka yang akan menempuh alam rumahtangga. Setelah selesai khutbah tuan imam terus memegang tangan Arif dengan kemas seterusnya melafazkan kalimah “Aku nikahkan kamu dengan Kamilah Bt. Akmal yang bapanya berwakil wali kepadaku dengan mas kahwinnya seratus ringgit tunai,” ..lafaz ijab tadi terus disambut oleh Arif dengan pantas dan tenang “Aku terima nikadnya Kamilah Bt. Akmal dengan mas kahwinnya seratus ringgit tunai,” Tuan imam beranya kepada kedua orang saksi kahwin “sah” Arif hanya mampu tunduk saja ketika itu dan apabila kedua saksi berkata “sah”takbir bergema diseluruh ruang tamu. Rasanya makluk yang paling kecewa dan malang pada hari itu ialah Iblis kerana tertegak lagi sebuah masjid dan bermula saat itu Arif bergelar “Suami”
Tok..tok..tok.. bunyi ketukan pintu diiringi ucapan salam dari luar pintu bilik tempat Arif akan beradu pada malam pengantinnya. Goncangan serta debaran jantung Arif bergerak pantas. Arif menjawab salam lalu bangun membuka pintu. Isterinya masuk dengan membawa sedulang minuman serta kuih. “Ustaz tolong anti tanggal penutup muka ni”, katanya isterinya sambil berdiri dihadapan Arif. “Hai takkan tak boleh buka sendiri, tetapi mungkin juga dia hendak mengujiku”….kata hati kecil Arif. Tangan Arif bergetar sedikit, namun dia memberanikan diri jua untuk melihat wajah yang selama ini tersembunyi disebalik lapisan kain nipis. Tak berani Arif memandang wajah isterinya apabila penutup wajah selamanya selama ini akan ku tanggalkan. Namun segalanya berubah perasaan cemas, gelisah dan kegoncangan hatinya terus lenyap apabila saja ia memandang wajah isterinya yang begitu ayu dan cantik pada pandangannya. Hanya kalimah ‘yes’ yang dapat dilafazkannya atas penantian selama ini. Isterinya tersipu malu sambil berkata “Ustaz…kenapa ‘yes’, ucaplah Alhamdulillah”. Arif tersipu malu atas kealpaannya dengan nikmat Allah.
Oh Yuk..! tegur isteri Arif, terkejut seketika ia dari lamunannya. “Apa yang dimenung tu”..tanya isterinya. “ tiada apa-apa neng”.. balas Arif menjawab pertanyaan isterinya. Rupanya usia perkahwinannya telah mencecah 17 tahun. Anak-anaknya membesar dihadapan isterinya sebab tugasnya sebagai seorang guru yang mengajar dimerata tempat terutama semasa mengajar di pulau menghalang dia membawa mereka bersama. Kekadang sayu hati Arif melihat isterinya melayan karenah anak-anak. Pengorbanan yang dicurahkan kepada Arif ketika dia belajar di Maktab selama 3 tahun tanpa suami disisi tidak dapat dilafazkan dengan kata-kata.Tiga tahun dengan hanya mempunyai pendapatan dari elaun guru pelatih, isterinya membesarkan anak-anak, betapa susah hidup ketika itu, namun tak pernah dia mengeluh didepan Arif. Isterinya juga sedar betapa Arif perlu sokongan moral bagi meneruskan kariernya. Hanya doa kepada Allah SWT sahaja yang mampu Arif pohonkan agar isterinya diberikan kekuatan dan kemurahan rezeki.
“Yuk..oh Yuk!..mengelamun?”..tegur isterinya kembali. ‘Yuk’ itulah panggilan isterinya selama 17 tahun perkahwinan mereka. Pernah juga kawan-kawan Arif bertanya kenapa tak panggil ustaz, ling atau abang. “kami yang tak mahu, aku nak dia panggil diriku ikut kesenangan hatinya”..balas Arif menjawab pertanyaan kawan-kawannya. Teringat kembali Arif ketika ia berbual-bual dengan isterinya pada malam perkahwinan mereka. Itulah detik pertama kali Arif cuba mengenali isterinya. Betapa indahnya sebuah percintaan ketika menjadi suami isteri. “ Saya kalau di rumah, mamaku panggil ‘Neng’” kata iserinya kepada Arif. “Saya, tiada pula nama timangan tapi kawan-kawan panggil nama saja”..beritahu Arif kepada isterinya. “Apa kata, kalau saya panggil ‘Yuk’ bolehkan” ..kata isterinya kembali. Bermula dari malam itu hingga kini panggilan ‘Yuk’ itu kekal menjadi panggilan isterinya.
6 September 1988, merupakan saat yang paling gembira bagi Arif dan isterinya, kerana mereka dikurnia seorang bayi perempuan yang comel. Ikatan kasih mereka bertambah dengan kedatangan bayi tersebut

8:10 PG

1430H : Wahdah Pemangkin Khaira Ummah

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kutatap wajahmu
Kan pasti mengalir airmataku
Kerna pancaran ketenanganmu

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kukucup tanganmu
Moga mengalir keberkatan dalam diriku
Untuk mengikut jejak langkahmu

Ya Rasulullah Ya Habiballah
Tak pernah ku tatap wajahmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Kami rindu padamu

اللهم صلى على محمد
يا رب صلى عليه وسلم
اللهم صلى على محمد
يا رب صلى عليه وسلم

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kudakap dirimu
Tiada kata yang dapat aku ucapkan
Hanya Tuhan saja yang tahu

Ya Rasulullah Ya Habiballah
Tak pernah ku tatap wajahmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Kami rindu padamu

Ku tahu cintamu kepada umat
Ummati Ummati
Ku tahu bimbangnya kau tentang kami
Syafaatkan kami

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kutatap wajahmu
Kan pasti mengalir airmataku
Kerna pancaran ketenanganmu

Ya Rasulullah Ya Habiballah
Tak pernah ku tatap wajahmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Kami rindu padamu

Ya Rasulullah Ya Habiballah
Terimalah kami sebagai umatmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Kurniakanlah syafaatmu

اللهم صلى على محمد
يا رب صلى عليه وسلم
اللهم صلى على محمد
يا رب صلى عليه وسلم

AJARAN SALAFIAH WAHHABIAH DALAM KONTEKS AHLISSUNNAHWAL-JAMAAH DI MALAYSIA
OLEH:
MUHAMMAD ’UTHMAN EL-MUHAMMADY
Ahlissunnah waljama’ah merupakan ajaran dan amalan arus perdana umat Islam semenjak dari awal sejarahnya sampai sekarang.Ia menimbulkan sistem huarain ilmu berkenaan dengan akidah, syari’at, kerohanian, dan akhlak. Inilah yang merupakan sistem ilmu yang menjadi paksi dan dasar umat ini. Sistem ilmu yang berpunca daripada wahyu, nubuwwah, ijma’, pengamatan manusia berpengetahuan yang muktabar ini tersus menerus memandu umat ini dalam perjalanan sejarahnya. Walaupun ada gangguan-gangguan aliran yang bersifat serpihan muncul dari semasa ke semasa, arus perdana ini terus menerus berjalan memberi panduan kepada umat. Antara aliran yang muncul dalam abad ke lapan belas yang bersifat serpihan ini ialah aliran yang timbul daripada Muhammad bin ’Abd al-Wahhab dari Najd. Maka dalam nota ringkas ini akan dibicarakan beberapa perkara pokok berkenaan dengan ajaran Muhammad ibn ‘Abd al-Wahhab yang menyentuh konsep tauhid dan syahadah serta implikasi-implikasi daripada ajaran yang demikian dengan menyebut juga beberapa fakta sejarah . Dalam huraian ringkas ini juga akan disebutkan soal mengikut mazhab dan amalan-amalan yang dikirakan bid’ah dan sesat oleh kelompok ini. Fakta-fakta yang dibicarakan diambil daripada rujukan-rujukan yang ‘primary’ dan juga teks-teks yang muktabar.Sorotan akan diberikan mengikut panduan sistem ilmu Ahlissunnah waljamaah atau epistemologinya.Implikasi-implikasi pendekatan itu akan diperhatikan, berdasarkan kepada pendekatan itu, contoh-contoh sejarah tentangnya, dan kemungkinan-kemungkminan yang boleh timbul akibat daripada pengembangan pendekatan itu.Kita boleh bermula dengan menyebut pengasasnya sendiri, Muhammad ibn ‘Abd al-Wahhab.Dari buku ‘Tarikh al-madhahib al-islamiyyah’ oleh Imam Muhammad Abu Zahrah tdrdapat beberapa maklumat pokok berkenaan dengannya:Muncul dalam negeri Arab, di kawasan padang pasir, akibat terlampau memuliakan peribadi-peribadi dan mengambil berkat dengan mereka (pada pandangan Wahhabi).Berdamping dengan Allah dengan melawat kubur mereka, akibat banyak bid’ah-bid’ah yang bukan daripada perkara agama (‘laisat mina’d-din). Wahhabiyyah muncul untuk memerangi itu semua, dihidupkannya mazhab ibn Taimiyyah.Muhammad ibn ‘Abd al-Wahhab meninggal tahun 1787, mempelajari teks-teks ibn Taimiyyah; zamannya ibn Taimiyyah tidak tersebar ajarannya dan ia tidak terkenal.Dalam zamaan Sultan Salim III (1204-1222) antara fitnah-fitnah yang muncul ialah fitnah Wahhabiyyah yang bermula dengan gerakan Muhammad bin ‘Abd al-Wahhab di Hejaz, mereka mengambil al-Haramain dari pemerintahan ‘Uthmaniyyah, menghalang orang menunaikan haji dari Syam, dan Mesir , antara lainnya.Dalam buku berkenaan dengan ulama-ulama mazhab Hanbali karangan Syaikh Muhammad bin ‘Abdullah al-Hanbali, mufti mazhab Hanbali di Mekah (men.1295 H), berjudul ‘Al-Suhub al-Wabilah ‘ala Dara’ih al-Hanabilah’ disebutkan ( Maktabah al-Imam Ahmad, 1989,hal 275 )bahawa ‘Abd al-Wahhab bin Sulaiman al-Najdi adalah “bapa kepada Muhammad penggerak da’wah (sahib al-da’wah) yang tersebar keburukannya di bumi (intashara shararuha fil afaq) , tetapi ada kelainan antara mereka berdua itu, bagaimanapun Muhammad tidak menzahirkan dakwahnya melainkan selepas mati bapanya itu; dan diberitahu kepada saya (kata pengarang ‘al-Suhub al-Wabilah’) oleh olrang semasa dengan Muhammad ibn ‘Abd al-Wahhab bahawa bapanya marah dengan anaknya itu kerana ia tidak rela menggunakan masanya untuk menekuni ilmu fiqh atau kefahaman sebagaimana mereka yang terdahulu…demikian pula anaknya Sulaiman saudara kepada Muhammad (ibn ‘Abd al-Wahhab) tidak bersetuju dengannya dalam dakwahnya dan menulis kitab dengan sedemikian baiknya menyanggahinya dengan menggunakan ayat-ayat Qur’an dan hadith-hadith … dan (Muhammad ibn ‘Abd al-Wahhab) tidak memandang kepada pendapat ulama [yang dahulu atau yang kemudian] siapa juga orangnya selain daripada Syaikh Taqiyuddin ibn Taimiyyah dan muridnya ibn al-Qayyim; beliau memandang pendapat kedua orang itu sebagai nas yang tidak diterima ta’wil …”(hal 275).Disebutkan oleh Muhammad Abu Zahrah bahawa berlaku peperangan antara golongan Wahhabi dan Syarif Makkah, Syarif Ghalib ibn Bu Sa’id yang dilantik oleh Sultan Turki untuk mewakilinya mentadbir dan memerintah kawasan Hijaz.Sebelum itu pihak Wahhabi mula membina kekuasaan dan pengaruhnya di kalangan Orang Arab dalam kawasan mereka. Mereka membunuh Muslimin dalam prose situ, menghalalkan mengambil harta mereka dan menangkap para wanita mereka. Ini bermula dengan ajaran Muhammad ibn ’Abd al-Wahhab yang berasal dari bani Tamim.Dalam ’Tarikh Najdin’ tersebut bahawa golongan Wahhabiyyah menentang kerajaan ’Uthmaniyyah kerana dianggapnya kerajaan itu syirik dan kafir kerana mengamalkan tawassul dan berdoa di kubur orang-orang yang mati. Kenyataan tentangnya seperti berikut (selepas menyebut bahawa manusia zaman kita bukan menyembah malaikat dan ’Isa, tetapi ’menyembah manusia ( yad’una unasan):( ، فقد اعتبر الشيخ محمد بن عبد الوهاب عامة المسلمين كفارا ومشركين ومرتدين كأهل الجاهلية الأولى ، أو أضل منها ، وقال:” ان أكثر الخلق قد لعب بهم الشيطان و زيَّن لهم الشرك بالله ، وأخرجه في قالب حب الصالحين وتعظيمهم”.”وإن المشركين في زماننا أضل من الكفار الذين في زمان رسول الله .. فلا يخفى عليكم ما ملأ الأرض من الشرك الأكبر : عبادة الأصنام ” ):Syaikh Muhammad ibn ‘Abd al-Wahhab sesungguhnya menganggap bahawa umum Muslimin adalah kafir , musyrik, dan murtad seperti ahli Jahiliyyah zaman awal , atau lebih sesat lagi daripada itu.Kata beliau ;’Sesungguhnya kebanyakan manusia dipermainkan oleh syaitan dan Syaitan menampakkan cantik kepada mereka perbuatan syirik mereka terhadap Allah, dan Ia menjadikan keluar daripada mereka kasih kepada orang-orang yang solih dan membesar-besarkan mereka.Sesungguhnya orang-orang [Muslimin yang menjadi] musyrikin zaman kita ini lebih sesat lagi daripada orang kafir zaman Rasulullah s.a.w.Maka tidak terselindung lagi daripada anda bahawa syirik terbesar memenuhi bumi, iaitu menyembah berhala”.(Kalau itu dikaitkan dengan hadith yang menyebut manusia akhirnya menyemb ah berhala pada zaman kemudian, maka itu bukan berlaku atas mereka yang beriman, tetapi atas mereka yang masih ada selepas daripada mati semua orang yang beriman kerana angin halus seperti sutera, selepas itu yang tinggal adalah makhluk yang seburuk-buruknya, mereka itulah yang menyembah berhala, bukannya orang-orang soleh yang melawat kubur auliya’ dan meminta keberkatan daripada mereka atau bertrawassul dengan mereka).(ini ada dalam hadith sahih al-Bukhari berkenaan dengan matinya sekelian mereka yang beriman dengan angin yang halus seperti sutera itu).Dalam hubungan dengan kerajaan ’Uthmaniyyah, bila wakil kerajaan ’Uthmaniyyah hendak meminta perjanjian perdamaian (’al-hudnah wa al-sulh) maka dijawab dalam surat kepada rombongan itu seperti berikut:( ، جاء فيها:” وأما المهادنة والمسابلة على غير الاسلام ، فهذا أمر محال ، بحول الله وقوته ، وأنت تفهم أن هذا أمر طلبتموه منا مرة بعد مرة … وبذلتم الجزية على أنفسكم كل سنة ثلاثين ألف مثقال ذهبا ، فلم نقبل منكم ولم نجبكم بالمهادنة ، فان قبلتم الاسلام فخيرتها لكم وهو مطلبنا ، وان توليتم فنقول كما قال الله تعالى: (فان تولوا فانما هم في شقاق فسيكفيكهم الله وهو السميع العليم )Ada dalam surat [’yang berkenaan itu] ’Adapun berdamai dan memberi laluan kepada yang bukan Islam, itu perkara yang tidak mungkin, dengan daya dan upaya Allah, dan anda faham bahawa ini suatu perkara yang anda minta dari kami kali demi kali…Dan anda memberi jizyah atas diri anda semua tiap-tiap tahun tiga puluh ribu mithqal emas, walhal kami tidak menerima daripada kamu, dan kami tidak memberi jawapan kepada kamu dengan perdamaian, maka sesungguhnya kalau anda menerima Islam, itu baik bagi kamu dan itu yang kami tuntut; kalau anda berpaling, maka kami katakan, sebagaimana yang difirmankan Allah taa’a:’Maka kalau mereka berpaling maka mereka berada dalam permusuhan [dengan kamu] maka memadailah Allah untuk kamu, Ia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui” (al-Baqarah.137).Berlakulah penentangan terhadap ’Uthmaniyyah itu , sehingga akhirnya, dengan mereka menolong British dan Prancis, jatuhlah keranaan itu, walaupun itu bukan satu-satunya faktor kejatuhan, tetapi ia satu daripada faktor-faktor yang membawa kepada kejatuhan itu.Tidak ada mazhab fikh dalam Ahlissumnnah yang mengizinkan ulil-amri itu disanggahi demikian.Disebutkan dalam kitab Muhammad Abu Zahrah bahawa mereka mengangkat pedang dan berperang itu ’ bagi menegakkan sunnah dan menghapuskan bid’ah’ (li iqamatissunnah wa imatati’l-bid’ah).Antaranya memang benar kenyataan Abu Zahrah tentang mereka memperluas-luaskan bid’ah itu sampai kepada adat-adat kebiasaan, seperti pada suatu masa mereka mengharamkan rokok sebagai bid’ah, sampai ada orang awam mereka –kerana terlalu amat sangat penentangan mereka itu terdadapnya – bahawa orang yang menghisap rokok itu seolah-olah musyrikin .Kata Abu Zahrah, golongan ini berpegang kepada prinsip bahawa pegangan kami adalah benar tidak mungkin tersilap pegangan anda tersilap tidak mungkin benar ( anna ’ulama’ al-Wahhabiyyin yafriduna fi ara’ihim al-sawab alladhi lam yuqbal al-khata’ wa fi ara’ ghairihim al-khata’ alladhi la yuqbalu al-taswib bal annahum a’tabiruna ma ’alaihi ghairuhum min iqamatil-udruhah wa al-tawaf haulaha qariban minal-wathaniyyah wa hum fi hadha yuqaribunanal-Khawarija alladhina kanu yukaffiruna mukhalifihim wa yuqatilunahum kama dhakarna .”Adapun ulama Wahhabi itu memfardhukan bahawa pendirian mereka adalah benar dan tak mungkin diterima kesilapan, dan pendirian yang lain daripada mereka adalah salah tak mungkin diterima betulnya” (Ini berlawanan dengan dasar Ahlissunnah yang mengajarkan pendirian kita benar tetapi boleh jadi tidak benar, pendirian anda pada kami tidak benar, tapi boleh jadi ada benarnya.Berlakulah dalam sejarah apa yang telah berlaku, iaitu bahagian siasah dipegang oleh keluarga Su’ud dan bahagian hukum agama dan pelajaran agama dipegang oleh keluarga Muhammad ibn ’Abd al-Wahhab, ertinya dua perkara besar itu adalah sebagai ’pesaka’ dalam dua keluarga itu. Wallahu a’lam.Pokoknya, kalau aliran itu kekal pada tempatnya, kita tidak risau, tetapi bila ia dipromosikan ke negeri-negeri lain, maka itu masalah. Di mana berkembangnya cara berfikir seperti ini disitulah timbulnya pergaduhan, sampai ke tahap berlaku pembunuhan. Wallahu a’lam.
Beberapa Unsur Wahhabiyyah :Di bawab ini diperturunkan bebarapa unsur Wahhabiyyah, yang bermula dengan ajaran Syaikh Muhammad ’Abd al-Wahhab yang berasal dari Najd, berdasarkan kepada teks-teks dari kalangan mereka yang berpegang kepada ajaran itu.Antaranya ialah unsur-unsur seperti berikut:
Untuk mendapat pendirian Wahhabiah atau ajaran Muhammad bin ’Abd al-Wahhab, maka tepat sekali kalau diambil data-data tentang pendiriannya daripada sumber-sumbernya yang ’primari’ supaya adil.Antara
buku-buku itu ialah :(a)‘Kitabut-Tauhid’ ibn ‘Abd al-Wahhab(b)K.al-Shubuhat fi al-tauhid oleh Muhammad ibn ‘Abd al-Wahhab(c)’ Solah al-nabi’ oleh al-Albani(d)al-Khojandi al-Ma’sumi ’Hal al-Muslim Mulzam bi’t-Tiba’ madhhabin Mu’ayyanin minal-Madhahibil-Arba’ah’;(e)al-Fatawa al-Kubra ibn Taimiyyah(f)Abu Aminah Bilal Philips beberapa bukunya dalam bahasa Inggeris(g)al-Zahawi Arab dan Inggeris(h)’Unwan al-Majdi’ oleh ibn Abi Bishr(i) ’Tarikh Najdin’ oleh ibn Ghannam dll.
Unsur-unsur ajarannya adalah antaranya seperti berikut:
(1)Tafsiran tentang syahadah yang tidak ada dalam ijma Ahl al-Sunnah:
Tafsiran syahadah yang menyalahi ijma’.Ini terdapat dalam teks ‘Kitab al-Tauhid’(karangan Syaikh Muhammad ‘Abd al-Wahhab sendiri) dalam ‘Fath al-Majid Syarah Kitab al-Tauhid’ karangan Al-Syaikh ‘Abd al-Rahman bin Hassan al-Syaikh :
ومنها قوله صلى الله عليه وسلم: (من قال: لا إله إلا الله وكفر بما يعبد من دون الله حرم ماله ودمه، وحسابه على الله) وهذا من أعظم ما يبيِّن معنى (لا إله إلا الله) فإنه لم يجعل التلفظ بها عاصماً للدم والمال، بل ولا معرفة معناها مع لفظها، بل ولا الإقرار بذلك، بل ولا كونه لا يدعو إلا الله وحده لا شريك له، بل لا يحرم ماله ودمه حتى يضيف إلى ذلك الكفر بما يعبد من دون الله، فإن شك أو توقف لم يحرم ماله ودمه. فيالها من مسألة ما أعظمها وأجلها، وياله من بيان ما أوضحه، وحجة ما أقطعها للمنازعTerjemahan: Antaranya (ayat-ayat berkenaan dengan syahadah ) sabda Nabi s.a.w. ‘Sesiapa yang berkata ‘la ilaha illa’llah dan kufur ia terhadap apa yang disembah selain daripada Allah maka haramlah hartanya dan darahnya (ia tidak boleh dibunuh lagi , misalnya dalam jihad) , dan hisab tentangnya adalah terletak pada Allah; ini adalah perkara yang sebesar-besarnya yang menerangkan makna ‘la ilaha illa’llah’; ia tidak menjadikan berlafaz (sahaja dengan la ilaha illa’llah) itu menyelamatkan darah dan (hartanya), bahkan tidak (juga mengelamatnya dengan) mengetahui maknanya berserta dengan lafaznya , bahkan (tidak juga selamat harta dan nyawanya itu dengan) berikrar dengan itu (iaitu berikrar dengan la ilaha illa’llah) bahkan tidak (juga selamat nyawa dan harta itu) dengan ia tidak menyeru melainkan kepada Allah Yang Maha Esa tidak ada sekutu bagiNya, bahkan tidaklah haram hartanya dan darahnya sehingga ia menambahkan kepada itu (yang empat perkara sebelum ini iaitu ) kufur terhadap apa yang disembah selain daripada Allah; kalau ia syak atau tawaquf maka tidak haram hartanya dan darahnya.Maka alangkah hebat dan agungnya masaalah ini, alangkah menerangkan dan menjelaskannya (dengan sebaiknya), alangkah memutuskan pertikaian (dengan penjelasan yang sebegitu nyata itu). Huraian berkenaan dengan syahadah seperti ini tidak pernah ada dalam Ahlissunnah wal-Jamaah.
Dalam Ahlissunnah Islamnya seseorang itu adalah dengan berlafaz dengan ‘la ilaha illa’llah’ dengan itu selamat harta dan nyawanya.Ini antaranya jelas darikpada hadith sahih yang bermaksud “Sesungguhnya aku diperintah untuk berjihad dengan manusia sehingga mereka mengatakan ‘tiada tuhan melainkan Allah’ bila mereka berkata demikian maka nyhawa dan harta mereka selamat, dan hisab tentang mereka adalah terpulang kepada Allah’.Sebab itu dalam masa jihad nabi s.a.w. bila terdengar ada azan disesuatu tempat maka tentera Muslimin tidak lagi perg ke situ.Dan dalam hadith sahih berkenaan dengan sahabat membunubh orang yag mengucap syahadah, Rasulullah bertanya kepada sahabat itu ‘Anda membelah dadanya? Anda membelah dadanya? …’.Mungkin tafsiran secara beginilah yang menghalalkan setengah Muslimin berperang melawan tentera Khilafah ‘Uthmaniah, benteng terakhir menjaga umat dari segi zahirnya, jatuh ke tangan Barat.Subhana’llah. Kalau kerajaan ‘Uthmaniah yang sedemikian penting ditentang, maka yang lain daripada itu lebih mudah lagi ditentang. La haula wa quwwata illa billahil-‘aliyyil azim.
(2)Adam syirikAdam syirik dalam ketaatan ; ini adalah bercanggah dengan ijma’ Ahlissunnah tentang maksumnya para nabi s.a.a.Dalam Kitab al-Tauhid’ yang sama, dengan syarahnya sekali seperti di atas (muka surat ) dinyatakan dalam hubungan dengan ayat 190 Surah al-A’raf yang bermaksud “Tatkala Allah memberi kepada keduanya seorang anak yang soleh, maka keduanya menjadikan sekutu bagi Allah tentang anak yang telah dianugerahkanNya kepada keduanya itu…”.Ayat dalam kitab itu demikian: disebutkan bahawa bila Adam mendatangi (Hawwa) maka ia mengandung, maka datang Iblis kepada (Adam dan Hawwa) , katanya :Aku sahabat kamu berdua yang mengeluarkan kamu daripada syurga supaya kamu taat kepadaku…’ kemudian disebut bila ia tidak ditaati maka dua kali anak yang dikandung itu kelurar mati; bila ia mengandung kali yang ketiga, maka Iblis dating maka takut anak itu mati iapun menamakan anaknya ‘Abd al-harith; kemudian dikatakan dalam riwayat itu, ‘shuraka’ fi ta’atihi (syirik dalam taat kepada Iblis) bukan syirik dalam ibadat kepadanya’ (shuraka’ fi ta’atihi wa lam yakun fi ‘ibaditihi).
Dalam ‘Tafsir ibn Kathir’ dinyatakan : riwayat ini ialah dari kalangan Ahlil-Kitab, tidak boleh dijaikan sandaran.(Kalau kita hendak pilih sebagai ahli ilmu yang disuruh oleh Qur’an kita bertanya kepadanya , sebagai ahli hadith dan ahli tafsir,tentulah kita memilih ibn Kathir, yang diakui dalam Ahl al-Sunnah, bukannya pengarang kitab tauhid yang memberi huraian seperti ini.
وَهَذِهِ الْآثَار يَظْهَر عَلَيْهَا وَاَللَّه أَعْلَم أَنَّهَا مِنْ آثَار أَهْل الْكِتَاب وَقَدْ صَحَّ الْحَدِيث عَنْ رَسُول اللَّه صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهُ قَالَ” إِذَا حَدَّثَكُمْ أَهْل الْكِتَاب فَلَا تُصَدِّقُوهُمْ وَلَا تُكَذِّبُوهُمْ” ثُمَّ أَخْبَارهمْ عَلَى ثَلَاثَة أَقْسَام فَمِنْهَا مَا عَلِمْنَا صِحَّته بِمَا دَلَّ عَلَيْهِ الدَّلِيل مِنْ كِتَاب اللَّه أَوْ سُنَّة رَسُوله وَمِنْهَا مَا عَلِمْنَا كَذِبه بِمَا دَلَّ عَلَى خِلَافه مِنْ الْكِتَاب وَالسُّنَّة أَيْضًا وَمِنْهَا مَا هُوَ مَسْكُوت عَنْهُ فَهُوَ الْمَأْذُون فِي رِوَايَته )Tidak patut ada riwayat seperti ini dalam ‘kitab tauhid’.Subhana’llah. Ini bercanggah dengan pegangan Ahl al-Sunnah tentang nabi-nabi itu ma’sum, apa lagi hendak dikatakan ia ‘syirik dalam taat’ kepada Iblis.
(3)Al- Busiri dituduh syirik kerana menyebut ia minta syafaat kepada nabi Hari Kiamat:
Pada Muhammad ibn ‘Abd al-Wahhab Al-Busiri syirik kerana minta tolong nabi memberi syafaat kepadanya:Ini ada dalam ‘al-Burdah’nya dalam bait yang bermaksud : katanya :قوله صلى الله عليه وسلم:أجعلتنى لله أندادا ؟ فكيف بمن قال ما لى من ألوذ به سواك والبيتين بعدهSabda baginda s.a.w. Adakah anda menjadikan aku saingan bagi Allah? ( tentulah sahabat tidak menjadikan nabi saingan bagi Allah dengan terkeluar daripada mulutnya ’Apa yang dikehendaki Allah dan apa yang dikehendaki oleh Muhammad’; (kemudian kata pengarang kitab tauhid itu) ’Maka bagimanakah pula dengan (al-Busiri pengarang ’al-Burdah’ yang menyatakan ’bagaimanakah aku, (wahai nabi) siapakah yang aku hendak minta (syafaat) selain daripada engkau ’ dan dua bait lepas itu (iaitu pada hari yang bencana terkena atas semua tanpa kecuali)?
Di sini ada tuduhan kepada pengarang ’al-Burdah’ –Allah memberi rahmat kepadanya -, bahawa dengan kata-kata meminta syafaat daripada nabi itu (sebagaimana yang kisahnya ada dalam hadith sahih, hanya nabi Muhammad sahaja yang memberi syafaat uzma itu) , pada Hari hisab nanti, ia mengadakan sekutu terhadap Allah. Ini berlawanan dengan akidah Ahl al-Sunnah yang mengajarkan tentang syafaat uzma ini, dan yang mengizinkan kita menyebut nama nabi dalam doa.Bahkan dalam tahyatpun kita menyebut ’ayyuhannabi’ , wahai nabi, seolah-olah ia ’ada’ hampir dengan kita.
(4)Mengikut mazhab syirik kafir; ini bercanggah dengan ijma’ dalam Ahlissunnah , yakni orang awam wajib mengikut mujtahid, sebagaimana yang jelas daripada ayat Qur’an yang bermaksud ”Hendaklah kamu bertanya kepada ahli ilmu (ahl al-dhikr) kalau tidak mengetahui”.Dan ahli ilmu yang tertinggi dalam umat ini dalam hubungan dengan Syariat ialah imam mujtahid.
Ada pandangan di kalangan mereka ini tentang mengikut mazhab tertentu kafir-syirik sama dengan kristian (nasara) mengambil rahib-rahib dan ahli-ahli hukum agama sebagai tuhan-tuhan selain Allah.ini ada dalam kitab ’Hal al-Muslim Mulzam bittiba’ Madhhab Mu’ayyanin Minal-Madhahib al-Arba’ah?’ karangan al-Khojandi al-Ma’sumi, yang menyatakan :قال الشيخ تقى الدين بن تيميه : من أوجب تقليد امام بعينه استتيب والا قتل لان هذا الايجاب اشراك بالله فى التشريع الذى هو من خصائص الربوبيةKata Syaikh Taqi al-Din bin Taimiah: Sesiapa yang mewajibkan taklid kepada seseorang imam tertentu (katakanlah Imam Syafie, di Malaysia) maka hendalklah disuruh ia bertaubat, kalau tidak ia mesti dibunuh, kerana mewajibkan (mengikut imam tertentu, seperti yang difaham dalam Ahl al-Sunnah nisbah bagi orang bukan mujtahid adalah syirik terhadap Allah dalam tashri’ yang ianya adalah satu daripada khususiah Sifat Rububiah bagi Tuhan).(hal.55). Sudah tentu fahaman seperti ini tidak selaras bahkan bercanggah dengan ijma’ Ahl al-Sunnah tentang wajib mengikut imam orang yang bukan mujtahid, asalkan imam yang mujtahid.Kalau orang mujtahid haram ia mengikut orang lain.
Cara memahami agama seperti ini, yang tidak ada dalam Ahlissunnah, mengingatkan kita kepada maklumat bahawa pengarang ’Kitab Tauhid’ yang disebut di atas (Muhammad ibn ’Abd al-Wahhab) , yang menjadi ikutan bagi al-Khojandi al-Ma’sumi ini menyatakan (muka 464); (ertinya): Keadaan berubah (sedemikian rupa) sampai ke tahap jadilah pada kebanyakan golongan majoriti bahawa beribadat kepada rahib-rahib itu amalan yang paling afdal, dipanggil sebagai darjah wali, dan beribadat kepada orang-orang alim dalam hukum agama (ahbar) sebagai ilmu dan fahaman yang dalam; kemudian perubahlah hal keadaan sampai (ke tahap) disembah yang selain daripada Allah porang yang bukan dalam kalangan solihin, dan disembah dalam erti yang kedua itu orang dari kalangan yang jahil. Ayat itu ialah:
: تغيّر الأحوال إلى هذه الغاية، حتى صار عند الأكثرعبادة الرهبان هي أفضل الأعمال، وتسمى الولاية، وعبادة الأحبار هي العلم والفقه ثم تغيرت الحال إلى أن عبد من دون الله من ليس من الصالحين، وعبد بالمعنى الثاني من هو من الجاهلينFahaman ini menyebabkan pengikutnya al-Khojandi al-Ma’sumi memahami bahawa mewajibkan mengikut mazhab imam tertentu adalah kesyirikan. Tidak hairanlah orang seperti nasir al-Din al-Albani dalam kitab ‘Solah al-Nabi’ menyerang pengikut mazhab dan mengajak mereka sembahyang mengikut kitabnya, dikatakan itulah ‘sembahyang nabi’ sembahyang dalam mazhab adalah ‘sembahyang mengikut imam mazhab’, itu boleh membawa kepada apa yang disebut oleh al-Khojandi al-Ma’sumi. Subhana’Llah. Cara berfikir dan memahami agama yang menyalahi ijma’ seperti ini janganlah dibiarkan berkembang di Malaysia ini.Kalau ia berada di negeri lain, itu soal lain pula. Kewajipan kita ialah mula-mulanya menjaga negeri kita ini.
Tentang wajib mengikut imam mazhab ini menjadi pegangan Ahl al-Sunnah wa al-jama’ah sebagaimana yang disebutkan oleh al-Munawi rh dalam Syarah al-jami’ al-Saghir : katanya:
ويجب علينا أن نعتقد أن الأئمة الأربعة والسفيانين والأوزاعي وداود الظاهري وإسحاق بن راهويه وسائر الأئمة على هدى ولا التفات لمن تكلم فيهم بما هم بريئون منه والصحيح وفاقاً للجمهور أن المصيب في الفروع واحد ولله تعالى فيما حكم عليه أمارة وأن المجتهد كلف بإصابته وأن مخطئه لا يأثم بل يؤجر فمن أصاب فله أجران ومن أخطأ فأجر، نعم إن قصر المجتهد أثم اتفاقاً وعلى غير المجتهد أن يقلد مذهباً ..فيمتنع تقليد غير الأربعة في القضاء والافتاء لأن المذاهب الأربعة انتشرت وتحررت حتى ظهر تقييد مطلقها وتخصيص عامها بخلاف غيرهم لانقراض اتباعهم وقد نقل الإمام الرازي رحمه الله تعالى إجماع المحققين على منع العوام من تقليد أعيان الصحابة وأكابرهم انتهى‏.‏Wajib atas kita beriktikad bahawa imam empat, Sufyan yang dua itu (Sufyan bin ‘Uyainah dan Sufyan al-Thauri) , Auza’I, Daud Zahiri, Ishaq bin Rahawaih, dan lain-lain (imam mujtahid) berada dalam hidayat (yang benar di jalan Allah) dan tidak diberikan perhatian kepada orang-orang yang bercakap berkenaan dengan mereka walhal mereka bersih daripada perkara itu; yang sohih dan mengikut jumhur bahawa orang yang benar dalam perkara furu’ satu pihak, dan terserah kepada Allah tentang apa yang dihukumkan atasnya sebagai tanda perjalanan [hidup beragama]; dan mujtahid itu dipertanggungjawabkan untuk berusaha mencari kebenaran dan oreang yang tersilap [kalau ia mujtahid] tidak berdosa, bahkan diberi pahala; yang betul mendapat dua pahala, kalau mujtahid itu taksir [dalam usahanya, ia tak mencukupi syaratnya] ia berdosa, itu ittifaq [ulama tentangnya]; dan orang yang bukan mujtahid hendaklah mengikut mujtahid yang tertentu (seperti Syafie, atau lainnya yang ada dalam Ahl a-Sunnah wa al-Jama’ah); maka terlarang mengikut yang lain daripada mazhab empat dalam membuat keputusan hukum dan memberi fatwa, kerana mazhab empat itu telah tersebar dan telah tertulis dengan teguhnya sehingga jelas huraian tentang kaitan-kaitan perkara mutlaknya , dan perkara-perkara yang bersifat am daripada yang khususnya, lain halnya dengan [aliran yang ] selain daripada [aliran] mereka kerana para pengikutnya sudah tidak ada lagi; Imam Fakhr al-Din al-Razi (mujaddib abad ke 7 Hijrah itu) menyebutkan bahawa telah ijma’ ulama muhakkikin bahawa orang awam tertegah daripada mengikut peribadi-peribadi tertentu dalam kalangan Sahabat dan para pemimpin besar mereka [kerana orang awam tidak tahu tentang perjalanan mereka sebenarnya-uem].
Dalam hubungan dengan ulama tasauf pula, jelas ahli tasauf yang ditentang oleh golongan ini adalah golongan Ahl a-Sunnah wa al-jama’ah yang sangat dihormati sebagaimana yang dijelaskan oleh ‘Abd al-Qahir al-Baghdadi rh dalam ‘al-Farq bain al-Firaq’ sewbagaimana yang tersebut dalam makalah penulis ini berkenaan dengan golongan-golongan mukminin dalam Ahl al-Sunnah wa al-jama’ah.
Ikut ulama fiqh, atau mujtahid dalam fiqh ialah mengikut keilmuan dan muktabar, bukan menyembah ulama fiqh, dan mengikut ajaran saufi atau memuliakan mereka, meminta doa kepada Tuhan dengan menyebut keberkatan bukan menyembah mereka. Itu tidak sama dengan penyembah berhala.
(5)Tawassul syirik ini bercanggah dengan ijma’ Sunni.
Tawassul dengan makna ‘istighathah’ terdapat dalam hadith riwayat al-Bukhari seperti berikut:)روى البخاري عن رسول الله صلى الله عليه وسلم أنه قال:{ إن الشمس ‏تدنو يوم القيامة حتى يبلغ العرق نصف الأذن, فبينا هم كذلك استغاثوا بآدم ثم ‏بموسى ثم بمحمد}, والتوسل والاستغاثة بمعنى واحد كما قال الحافظ اللغوي تقي الدين ‏السبكي الذي قال فيه السيوطي إنه حافظ مجتهد لغوي فقيه أصولي نحوي متكلم. ‏(
Riwayat al-Bukhari dari Rasulullah salla’lahu ‘alaihi wa sallam bahawa baginda bersabda: Sesungguhnya matahari hampir pada hari kiamat sampai peluh ke tahap separuh telinga [manusia], maka mereka meminta pertolongan (istagahthu) dengan nabi Adam , kemudian dengan Musa, kemudian dengan Muhammad ).Tawassul dan istighathah (meminta tolong maknanya satu) seperti dinyatakan oleh al-hafiz al-lughawi Taqiyuddin al-Subki , yang berkenaan dengan itu dikatakan oleh al-Suyuti, iaitu ia hafiz mujtahid lughawi faqih usuli nahwi mutakallim) .
Syirik bertawassul kepada orang yang telah mati.Dalam hubungan dengan tawassul, yang dikatakan syirik oleh golongan Wahhabiyyah ini ini terdapat nasnya dalam hadith nabi s.a.w.
Hadith berkenaan dengan tawassul (walaupun dalam hubungan dengan nama orang yang sudah meninggal dunia ialah seperti berikut:Diriwayatkan dalam hadith ibn Majah , dengan sanad yang sahih, dari Abu Sa’id al-Khudri rd katanya bahawa nabi s.a.w. bersabda: ‘Sesiapa yang keluar daripada rumahnya untuk melakukan sembahyang, kemudian ia berdoa katanya:”Wahai Tuhan, hamba bermohon dengan hak mereka yang berdoa meminta kepada Engkau, dan hamba memohon dengan hak mereka yang berjalan di jalan ini menuju kepada Engkau, dengan hamba keluar ini bukan dengan main-main , dengan sombong atau menunjuk-nunjuk kelebihan diri, bukan untuk mendapat nama. Hamba keluar hanya untuk mengelak daripada murka Engkau dan untuk mendapat keredaan Engkau.Oleh itu, hamba memohon, selamatkan hamba daripada Api Neraka dan ampunlah dosa-dosa hamba, kerana tidak ada siapa yang mengampunkan dosa melainkan Engkau.’Allah akan memandang kepadanya dengan kasihan belas dan tujuh puluh ribu malaikat akan memohon ampun untuknya.( Diriwayatkan oleh Musnad Ahmad (3.21) , ibn Majah (Masajid), al-Mundhiri in al-Targhib (1:179),ibn Khuzayma dalam Sahih, Ibn al-Sani, and Abu Nu`aym. Ghazali menyebutnya dalam Ihya dan Iraqi menyebut ia hadith hasan.. Nawawi menyebut dalam Ibn al-Sani dua jalur riwayat dalam Adhkar dan menyatakan ia lemah.Bagaimanapun Ibn Hajar al-`Asqalani menyatakan pula ia hasan dalam al-Amali al-masriyya (#54) dan takhrij kitab Nawawi , menyatakan bahawa yang kemudian itu meninggalkan riwayat dari jalur Abu Sa`id al-Khudri dan tidak menyebut riwayat Ibn Majah )
Dengan cara ini Nabi s.a.w. membuat tawassul bila ia bersabda ’hamba memohon dengan hak mereka yang meminta kepada Engkau” iaitu dengan setiap orang yang beriman.Lebih lagi daripada itu baginda menyuruh para Sahabatnya selalu menggunakan doa ini bila mereka berdoa sebagaimana baginda melakukan tawassul demikian. Generasdi salaf as-soleh dalam umat ini dalam kalangan para Tabi’in selepas Sahabat dan Tabit-tabi’in megamalkan doa ini bila mereka keluar untuk sembahyang dan tidak ada yang menolaknya.
Kemudian ada lagi riwayat berkenaan dengan amalan ini. Riwayatnya ialah seperti berikut:Bila nabi s.a.w. berdoa, dari riwayat Anas bin Malik : ‘Wahai Tuhan, ampunkanlah bondaku, Fatimah binti Asad, dan perluaskanlah tempat yang ditujunya itu (kuburnya), dengan hak Nabi Engkau dan nabi-nabi yang dating sebelumku” demikian seterusnya sehingga alkhir hadith itu.Tabarani meriwayatkannya dalam al-Kabir.Ibn Hibban dan al-Hakim menyatakan ianya sahih.’Fatimah” ini ialah bonda Saidina ’Ali rd, yang memelihara nabi s.a.w.Ibn Abi Shaiba meriwayatkan laporan yang sama ; demikian juga riwayat yang ada pada ibn ’Abd al-Barr dari ibn ’Abbas , dan Abu Nu’aim pula dalam Hilyahnya dari Anas bin Malik, sebagaimana Hafiz al-Suyuti menyebutnya dalam Jami’ al-Kabir.(Haithami menyebut dalam ’majma’ az-Zawa’id’nya ’Sanad Tabarani ada mengandungi nama Rawh bin Salah yang ada sedikit sebanyak kelemahan, tetapi ibn Hibban dan al-Hakim menyebutnya sebagai periwayat yang boleh dipercayai. Orang-orang lain dari kalangan para periwayat adalah orang-orang yang sahih hadithnya.Kemudian sebagaimana yang ada dalam riwayat al-Tirmidhi, al-Nasa’i, al-Baihaqi dan al-Tabarani bahawa seorang yang buta datang bertemu dengan baginda s.a.w. katanya: ’Dokanlah kepada Allah supaya membuang [penderitaan] saya ini. Nabi s.a.w. bersabda: ‘kalau engkau mahu saya akan berdoa, dan kalau engkau mahu engkau boleh bersabar, itu lebih baik lagi [daripada memohon supaya engkau celik].Kemudian baginda berdoa untuk orang itu dan menyuruhnya [juga] ia mengambil wudhu’ dengan baik dan membaca doa ini ’Wahai Tuhan, hamba bermohon, menumpukan diri hamba kepada Engkau melalui nabi Engkau Muhammad, Nabi Pembawa Rahmat. Wahai Muhammad , hamba meminta kepada Tuhan, dengan menyebut tuanhamba, dalam keperluan hamba yang sangat, wahai Tuhan, terimalah syafaatnya untuk hamba ini.’Kemudian orang itu kembali pulang dan matanya celik boleh melihat.Al-Bukhari meriwayat hadith ini dalam tarikhnya.Ibn Majah, dan al-Hakim dalam ’al-Mustadrak’nya menyebutnya dengan sanad yang sohih. Suyuti dalam ’al-Jami’ al-Kabir’ dan ’al-Saghir’ menyebutnya.Maka tetaplah riwayat dan maklumat bahawa Nabi s.a.w. menyruh orang buta itu berdoa dan memnyebutnya, dan memohon kepada Allah dengan menyebut namanya itu, supaya Ia kabulkan hajatnya.Kalau orang yang mengikut fahaman Wahhabi itu berfikir nabi s.a.w. tidak memberi keizinan untuk bertawassul seperti itu selepas ia meninggal dunia, maka riwayat yang berikutnya membuktikan bahawa itu bukan demikian .Doa ini telah digunakan oleh para Sahabat dan Tabi’in –Allah meredai mereka semuanya- untuk menunaikan hajat mereka.At-Tabarani dan al-Bayhaqi meriwayatkan bahawa ada seorang lelaki yang bertemu dengan ’Uthman bin ’Affan rd. Berkenaan dengan sesuatu hajatnya; tetapi khalifah itu tidak menyelesaikan hal itu dengan segera. Lelaki itu menyebut kepada ’Uthman bin Hunaif yang memberi nasihat kepadanya: ’Pergilah mengambil wudhu’. Kemudian pergi ke masjid dan berdoa begini: ’wahai Tuhan, hamba meminta Engkau dan menumpukan diriku kepadamu dengen menyebut NabiMu Muhammad, Nabi Pembawa Rahmat, Wahai Muhammad, hamba menumpukan diri hamba kepada Tuhan dengan menyebut engkau, supaya Ia tunaikan hajat hamba’.Kemudian sebutkan hajat engkau’Doa itu:: (‏اللهم إني أسألك وأتَوجّه إليك بنبِيّنا محمد نبيّ الرحمة، يا محمّدُ إني أتَوجهُ بكَ إلى ‏ربّي في حاجتي لتُقضَى لي).Maka orang itu pun pergi dan ia lakukan benar-benar mengikut apa yang diberitahu kepadanya itu, dan kemudian ia pergi ke pintu kediaman ’Uthman bin ’Affan. Kemudian penjaga pintu datang kepadanya , memegang tangannya, lalu membawanya ke hadapan ’Uthman , dan menyuruhnya duduk dengannya. ’Uthman berkata:’Beritahu kepada saya apa keperluan anda’, lalu ia menyebut hajatnya dan hajatnya ditunaikan. Kemudian khalifah berkata kepadanya:’ Apa-apa hajat anda, sebutkan kepada saya’. Bila lelaki itu keluar dari situ ia bertemu dengan ’Uthman bin Hunaif , katanya: ’Mudah-mudahan Allah memberi ganjaran kebaikan kepada anda kerana beliau tidak akan melihat kepada hajat saya sehingga tuan berbicara kepadanya untuk saya.’ Tetapi ibn Hunaif berkata: ’Demi Allah, saya tidak bercakap dengan baginda, tetapi saya melihat Rasulullah s.a.w. bila orang buta datang bertemu dengannya dan merayu berkenaan dengan matanya tidak boleh melihat’. Perbuatan demikian ialah tawassul, dan orang itu menyeru baginda s.a.w selepas wafatnya, atas dasar bagindfa sedang hidup dalam kuburnya dan darjathya ialah darjat syuhada’ yang Allah sebutkan bahawa mereka itu hidup dan diberikan rezeki yang mulia di sisi Tuhan.
Dalil boleh bertawassul secara ringkas?اذكر دليلاً على جواز التوسل؟
من الأدلّةِ على جواز التوسل الحديثُ الذي رواهُ الطبرانيُّ وصحَّحَهُ والذي فيه أن الرسولَ صلى الله عليه وسلم عَلَّم الأعمى أن يتوسل به فذهَبَ فتوسل به في حالة غيبته وعادَ إلى مجلس النبي وقد أَبصر، وكانَ مما علّمَهُ رسولُ الله أن يقول: “اللهم إني أسألك وأتوجه إليك بنبيك محمد نبي الرحمة يا محمد إني أتوجه بك إلى ربي في حاجتي (ويسمي حاجته) لتقضى لي”.
Soalan;Apakah dalil yang menunjukkan boleh bertawassul dengan nabi selepas wafatnya?
Jawab:ما هو الحديث الذي يدل على جواز التوسل بغير الحي الحاضر؟
التوسل بالأنبياء والأولياء جائز في حال حضرتهم وفي حال غيبتهم، ومناداتهم جائزة في حال غيبتهم وفي حال حضرتهم كما دل على ذلك الأدلة الشرعية.
ومن الأدلة على جواز التوسل الحديث الذي رواه الطبراني وصححه والذي فيه أن الرسول صلى الله عليه وسلم علم الأعمى أن يتوسل به فذهب فتوسل به في حالة غيبته وعاد إلى مجلس النبي وقد أَبصر، وكان مما علمه رسول الله أن يقول: “اللهم إني أسألك وأتوجه إليك بنبيك محمد نبي الرحمة يا محمد إني أتوجه بك إلى ربي في حاجتي (ويسمي حاجته) لتقضى لي”.فبهذا الحديث بطل زعمهم أنه لا يجوز التوسل إلا بالحي الحاضر، لأن هذا الأعمى لم يكن حاضرا في المجلس حين توسل برسول الله بدليل أن راوي الحديث عثمان بن حنيف قال لما روى حديث الأعمى: “فوالله ما تفرقنا ولا طال بنا المجلس حتى دخل علينا الرجل وقد أَبصر”.فمن قوله: “حتى دخل علينا”، علمنا أن هذا الرجل لم يكن حاضرا في المجلس حين توسل برسول الله.
ما الدليل على جواز التوسل برسول الله بعد وفاته؟
الدليل على جواز التوسل برسول الله بعد وفاته فيؤخذ أيضا من حديث عثمان بن حنيف الذي رواه الطبراني وصححه فإن فيه أنه علم رجلا هذا الدعاء الذي فيه توسل برسول الله لأنه كان له حاجة عند سيدنا عثمان بن عفان في خلافته وما كان يتيسر له الاجتماع به حتى قرأ هذا الدعاء، فتيسر أمره بسرعة وقضى له سيدنا عثمان بن عفان حاجته.
Kalau orang kata: istighathah kepada Rasul selepas wafatnya syirik apa jawabnya?
الرد على قولهم “إن الاستغاثة بالرسول بعد وفاته شرك” ؟
رَوى البيهقي بإسناد صَحِيح عن مالك الدار وكانَ خازن عمر قالَ: أصاب الناس قحط في زمان عمر فجاء رجل إلى قبر النبي صلى الله عليه وسلم فقال: يا رسول الله استسق لأمتك فَإنَّهُم قَدْ هلكوا فأتي الرجل في المنام فقِيْلَ لَهُ: أقرىء عمر السلام وأخبره أنهم يسقون، وقُلْ لَهُ: عليك الكيس الكيس. فأَتَى الرجل عمر فأَخْبرَهُ، فَبكَى عمر وقَالَ: يا رَبّ مَا ءَالُو إلا مَا عَجَزْتُ. وقَد جاءَ في تَفْسِيرِ هذَا الرجل أنّهُ بلال بن الحارث المزني الصحابي. فما حصل من هذا الصحابي استغاثة وتوسل. وبهذا الأثر يبطل أيضًا قول الوهابية إن الاستغاثة بالرسول بعد وفاته شرك
Menolak pendapat mereka yang menyatakan ’Beristighathah dengan Rasul s.a.w selepas wafatnya adalah kesyirikan’. Diriwayatkan oleh al-Baihaqi dengan sanad yang sohih daripada , ia Malik al-Dar ia adalah penjaga perbendahraan ’Umar , katanya : Orang ramai mengalami kemarau zaman ’Umar, maka seorang lelaki datang ke makam nabi s.a.w. katanya: Wahai Rasulullah, mintalah untuk umat tuanhamba , mereka mengalami kebencanaan.Kemudian lelaki itu mendapat mimpi dalam tidurnya, dikatakan kepadanya :Berilah salam [dariku] kepada ’Umar bahawa mereka akan mendapat hujan.Anda katakan kepadanya: Hendaklah tuan bersikap bijak, bersikap bijak.Maka lelaki itu datang kepada Umar dan memberitahu perkara itu kepadanya; ’Umar menangis lalu berkata: Wahai Tuhan hamba tidak membuat permintaan melainkan kerana hamba lemah.Datang keterangan bahawa lelaki itu ialah Bilal bin al-Harith al-Muzani seorang sahabat [Rasulullah s.a.w.]. Maka yang terhasil daripada sahabat ini ialah istighathah dan tawassul. Athar ini membatalkan pendapat Wahabiah bahawa istighathah dengan Rasulullah selepazs wafatnya adalah kesyirikan.
(6)Syafaat syirikSyirik minta syafaat adalah fahaman yang bercanggah dengan Ahl al-Sunnah wa al-jama’ah.Ini kerana syafaat itu disebutkan dalam hadith yang sohih.Antaranya ialah:
(7)Amalan yg hidup tak sampai kepada si mati adalah bercanggah dengan ijma’
Amalan org hidup tak sampai kepada si mati bercanggah dengan ijma’. (18)Amalan org hidup tak sampai kepada si matiDlm pegangan Sunni, ijma’ , sampai.Orang yg kata tak sampai ia termasuk ahli bid’ah. Mausu’ah al-Ijma’ fil-Fiqhil-islami oleh Sa’di Abu Jaib. ( ان الميت يلحقه ثواب بعد موته باجماع الامة .وخالف بعض أصحاب الكلام وهو قول باطل لا يعتد به.وان الدعاء يصل ثوابه الى الميت بالاجماعSesungguhnya pahala sampai kepada mayat selepas daripada matinya mengikut ijma’ umat Islam; dan doa sampai pahalanya kepada si mati mengikut ijma’ umat Islam ).
(8)Syirik kecil tak terpisah dpd syirik besar vs ijma’· syirik kecil itu sebahagian yang tidak terpisah daripada syirik besar, yang membawa kepada menghalalkan darah orang yang terlibat di dalamnya;
(9)Tauhid ulama ahl al-sunnah dituduh sebagai salah .Ini menyalahi ijma’· atau tuduhan bahawa kefahaman ulama Ahlis-Sunnah tentang tauhid umumnya salah;Muhammad ‘Abd al-Wahhab dan mereka yang mengikutinya (yang terkena pengaruh pembahagian tauhid kepada tiga, tauhid rububiyyah, uluhiyyah dan asma’ wassifat) membahagikan tauhid kepada tiga itu adalah perkara yang tidak ada dalam Ahlissunnah waljamaah: ia tidak ada dalam Qur’an, hadith, tidak ada dalam kalangan sahabat, tabi’in, tabi’it-tabi’in, demikian seterusnya (tidak ada dalam kalangan generasi Salaf); ia hanya ada pada abad ke lapan. Ertinya selama tujuh abad umat Islam bertauhid dengan tauhid yang difahamkan itu, tanpa membahagikannya kepada tiga.· Akibat daripada pembahagian kepada tiga itu timbul sangkaan (yang tidak ada alas an dalam system peristilahan dan makna pengetahuan Ahlissunnah) bahawa penyembah berhala itu bertauhid dengan tauhid rububiyyah dengan mereka mengakui adanya Tuhan yang menjadikan langit dan bumi; hanya tidak bertauhid dengan tauhid uluhiyyah kerana tidak taat kepada Allah dan menyembahnya. Dengan itu maka Orang Islam yang mengakui Tuhan Esa dan tidak beramal dengan baik agamanya ia hanya bertauhid dengan tauhid rububiyyah, sama dengan penyembah berhala juga yang bertauhid dengan tauhid rububiyyah sahaja. Kedua-dua penyembah berhala dan orang islam yang bertawassul dan m eminta berkat dikubur para wali adalah sama dalam bertauhid dengan tauhid rububiyyah; dengan itu orang Islam sudah menjadi penyembah berhala; hokum atasnya adalah hukum penyembah berhala; maka halallah darah dan hartanya. Inna lillahi wa inna ilaihi rajiun.· Mana mungkin penyembah berhala dikatakan bertauhid dengan tauhid rububiyyah? Dia tidak mempunyai tauhid dalam apa-apa pengertian dan segi sekalipun sebab ia musyrik penyembah berhala.Bagaimanakah system peristilahan Syarfa’ ini dipermain-mainkan sampai penyembah berhala pun dikatakan ada bertauhid? Ini tidak pernah ada dalam sejarah perkembangan ilmu teologi Sunni. Kemudian pembahagian tauhid kepada tiga itupun tidak ada dalilnya dalam nas-nas yang diterima oleh Ahlissunnah. Dengan itu konsep pembahagian tauhid kepada tida ini mesti disemak kembali. Ini kerana beberapa sebab : sebab tidak ada dalil dan nas yang diterima dalam Ahlissunnah; ia bercanggah dengan tauhid Ahlissunnah waljamaah yang dihuraikan secara definitif oleh Imam Asy’ari dan al-Maturidi dan imam-imam selepas mereka.; satu laginya sebab ia membolehkan orang menyamakan orang yang beriman yang beramal dengan bertawassul dan meminta berkat di kubur solihin dengan penyembah-penyembah berhala dan mengenakan hukum penyembah berhala ke atas mereka; dan sudah tentu inilah tauhid yang memusnahkan kerajaan Uthmaniah, khilafah Islam yang terakhir dalam zaman moden.Kita mesti kembali kepada tauhid mainstream yang benar dan menyelamatkan, bukan yang salah dan mencelakakan.Nau’dhu billahi min dhalik.(Dalam ayat yang digunakan untuk membuktikan yang golongan musyrikin itu bertauhid dengan tauhid rububiyyah terdapat kenyataan daripada Tuhan sendiri yang golongan itu pembohong dan kafir-)ما نعبدهم إلا ليقربونا إلى الله زلفى إن الله يحكم بينهم في ما هم فيه يختلفون إن الله لا يهدي من هو كاذب كفار ) )الزمر : 3 .(Allah memberi gambaran yang mereka adalah ‘kadhibun kaffar’ –bohong dan terlalu am,at kafir sekali.Bagaimanakah ayat ini boleh digunakan untuk memanggil mereka itu ‘bertauhid dengan tauhid rububiyyah’ sebab mereka adalah penyembah berhala; penyembah b erhala tidak mungkin bertauhid dengan apa-apa kategori tauhid sekalipun sebab mereka musyrikin. Subhana’Llah.(10)Abu Jahal lebih tahu hal la ilaha illallah dpd ulama Islam vs ijma’· atau Abu Jahal lebih mengetahui tentang la ilaha illa’Llah daripada ulama Islam;
(11)Syirkik bermula dimuka bumi dengan perbuatan ahli agama vs ijma’· atau tuduhan bahawa kesyirikan di muka bumi bermula dengan perbuatan ahli ilmu dan agama, kerana mereka cinta kepada para wali; ini timbul daripada sangkaan yang salah bahawa mengikut ulama adalah menyembah mereka, oleh itu syirik dan kufur. Na’udhu biollahi kin dhalik.
(12)Kufar lebih tahu hal kufr mereka daripada orang beriman bercanggah dengan ijma’atau tuduhan bahawa para kufar yang mengetahui tentang kekufuran mereka adalah lebih baik terbimbing daripada orang-orang yang beriman -inna’l-kuffara ‘lladhina ya’rifuna kufran ahda sabilan minal-mu’minin
(13)Qadi al-qudah dianggap sama seperti shah an-shah ini berlawanan dengan pendirian ulama Ahlissunnah yang membenarkan penggunaan ’qadi al-qudah’.atau tuduhan bahawa panggilan “qadil-qudah” - kadhi dari sekelian kadhi - sama dengan “Syahin-syah- raja sekelian raja” (yang membawa kepada menghukumkan orang yang berkenaan kafir) (lihat ‘al-Jami’ al-Farid’ terbitan Muhammad Ibrahim al-Nu’man, tanpa tarikh, hal.173; dalam Ahlissunnah gelaran itu adalah untuk ketua kadi-kadi, bukan dianggap syirik).( بــاب)التسمية بقاضي القضاة ونحوهفي الصحيح عن أبي هريرة رضي الله عنه، عن النبي صلى الله عليه وسلم قال: (إن أخنع اسم عند الله: رجل تسمى ملك الأملاك، لا مالك إلا الله).قال سفيان: مثل (شاهان شاه).وفي رواية: (أغيظ رجل على الله يوم القيامة وأخبثه). قوله (أخنع) يعني أوضع.(
(14)Allah ada dua tangan etc vs ijma’atau sampai membawa kepada fahaman bahawa Allah s.w.t. ”mempunyai Dua Tangan, tangan kanan memegang langit dan yang satu lagi memegang bumi..(dan) Allah berada atas Arasy (anna’Llah fauqa’l-’Arsh).” (Lihat kitab ’al-Jami’ al-Farid’ hal.214, yang membawa kepada fahaman mujassimah, yakni fahaman bahawa Tuhan berjisim dan itu menyalahi ijma’).(15)Sifat dua puluh bid’ah? Ini berkaitan dengan persoalan di bawah.
(16)Tauhid rububiyyah, uluhiyyah dan tauhid asma’ wassifat oleh ibn TaimiyyahTidak ada sandaran dari Qur’an, Sunnah, ijma’, dan ulama Salaf.Ia pendapat peribadi ibn Taimiyyah.Adakah patut ada pihak menyatakan bahawa sifat-sifat Tuhan sebagaimana yang ada dalam ajaran Imam Ash’ari dan Maturidi itu bid’ah, walhal sifat-sifat itu ada dalam Qur’an dan Sunnah dan diijma’kan.Kalau mereka mengajarkan tauhid yang dibahagikan kepada tiga itu dan tidak menyesatkan golongan Ash’ari dan Maturidi serta mengakui kebenaran mereka, itu tidak menjadi masalah sangat.Tetapi bila mereka membid’ahkan, dan bahkan setengahnya mengkafirkan, golongan Ash’ari dan Maturidi, [dan dengan itu ulama Dunia Melayu sebab semuanya mengikut aliran ini, itu menjadi masalah yang paling besar ].Ini menjadi fitnah besar dan membawa kegoncangan akidah dan keresahan sosial di negara ini.(17)Qunut, tahlil, baca yasin bid’aahBidaah qunut, tahlil arwah, berzikir beramai-ramai, membuat jamuan bila ada kematian serta ada tahlil, maulid al-nabiQunut adalah berdasarkan hadith riwayat al-Hakim yang diterima olehnya.Tahlil beramai-ramai ada sandarannya dalam beberapa hadith sahih yang disebut dalam ’al-Hawi lil-Fatawi’ jilid II oleh al-Suyuti. Pahala tahlil itu sampai kepada si mati mengikut ijma’. Kalau mereka tidak menerima pendapat ini sekurang-kurangnya mereka mengamalkan adab-adab berbeza pendapat. Tentang majlis maulid al-nabi itu walaupun tidak dilakukan zaman nabi s.a.w. ia perkara yang mendatangkan kebaikan, dan boleh diambil dalil daripada ayat Qur’an yang bermaksud:”Dan ni’amat Tuhan kamu hendallah kamu menyebut-nyebutnya”.Maka niamat manakah yang lebih besar daripada Tuhan mengutuskan nabi s.a.w. ke alam ini , dan itu patut sangat disebut-sebutkan? Dan tidakkah itu yang dilakukan dalam majlis-majlis maulid al-nabi?Dalam Ahlissunnah wa al-Jamaah ’bid’ah’ ada yang baik dan yang tidak sebagaimana yang disebutkan oleh Imam Syafie rd, Imam al-Ghazali, dan lain-lainnya, termasuk ’Izzuddin ibn ’Abd al-Salam.Pembahagian itu juga disebutkan oleh pensyarah-pensyarah hadith Bukhari, Muslim, al-Tirmidhi, al-Nasa’i dan lain-lainnya. Bid’ah yang tertolak itu adalah yang tidak ada asalnya pada Qur’an , Sunnah atau Ijma’.Yang ada asalnya pada punca-punca itu bukan bid’ah pada syara’ walaupun dari segi lafaz zahirnya ia bid’ah.
(18)Bid’ah mengadakan majlis maulid al-nabi s.a.w. Bagaimana berita terkini menunjukkan bahawa di negeri Aarab Saudi diadakan majlis maulid al-nabi baru-baru ini dihadiri oleh Syaikh Salman sendiri yang tidak menunjukkan penentangannya terhadap amalan itu.Pada kita dalam Ahlissunnah ini antara lainnya berdasarkan ayat Qur’an yang bermaksud ”Adapun ni’mat Tuhanmu hendaklah kamu menyebut-nyebutnya”.Dan tidak ada ni’mat yang lebih besar daripada Tuhan mengutuskan nabiNya kepada umat manusia untuk memberi bimbingan kepada mereka. Dan tidakkah perlu itu disebut-sebutkan, apa lagi dalam majlis maulidnya?
Mungkin boleh diperhatikan adanya surat-surat yang dikatakan ditulis olem Muhammad bin ’Abdul Wahhab di salah sebuah universiti di Asia Barat yang menunjukkan bahawa beliau : tidak menganggap umum orang Islam kafir seperti penyembah berhala semenjak enam ratus tahun sebelum kemunculannya, tidak menganggap kafir amalan meminta syafaat, istighathah, meminta berkat dan yang sepertinya, tidak menentang kerajaan Uthmaniyyah, tidak menganggap mengikut mazhab menyebabkan kufur, tidak menganggap tasawwuf membawa kepada kufur, dan tidak menghalalkan darah dan harta sesama Muslimin kalau mereka mengamalkan dosa besar, seperti bertawasul, demikian seterusnya. Maklumat ini, kalaupun benar, perlu dilihat dalam neraca ’track record’nya, dan juga kemunculan kitab-kitab dengan aliran yang tertentu itu, juga beberapa tokoh semasa yang mencanang aliran berfikir seperti itu misalnya al-Albani , al-Khojandi al-Ma’sumi, dan lain-lainnya. Keseluruhan perhatian terhadap aliran ini, tokoh-tokohnya dan juga peristiwa sejarah menuntuk kita supaya mengecualikan diri daripada cara memahami agama secara demikian dan kita mesti merujuk kembali kepada wacana ilm u Ahlissunnah waljamaah yang sepadu dan baku. Itulah jalan selamat yang satu-satunya dibuka oleh Tuhan untuk kita. Allahumma sallimna wal-Muslimin.Amin.
Tentang bahaya bahaya cara berfikir aliran ini kepada amalan agama dan keselamatan Negara kalau ia merebak jelas daripada sejarah , ini boleh difahami dari ‘track record’nya , dan implikasi ajarannya.
‘Track record’ dengan kerajaan ‘Uthmaniyyah, bagaimana ia menganggap ulil amr kerajaan itu sebagai ‘tidak Islam’ dan seterusnyaBagaimana ia menentang dan memberontak walhal tidak ada mazhab Ahlissunnah yang membolehkan yang demikian itu.Tabiatnya yang seperti Khawarij zaman klasik yang berperang dengan golongan yang tidak bersetuju dengan mereka.Mereka senang menghalalkan darah dan harta orang lain, sebagaimana yang jelas dalam sejarah , dan ajaran mereka.Maka perlu diawasi supaya ia tidak berkembang kepada rakyat MalaysiaPenyebarannya mesti disekat, melainkan dalam kalangan mereka yang asalnya bermazhab demilkian. Wallahu a’lam.
Jelas dalam neraca sistem ilmu Ahlissunnah bahawa ajaran Muhammad bin ‘Abd al-Wahhab, pada beberapa perkara asasi, dari segi akidah dan syariatnya serta akhlak dan ajaran rohaniahnya tidak mengikut ajaran Ahlissunnah wal-Jama’ah yang menjadi pegangan majoriti umat Islam.Pembahagian tauhidnya kepada tiga, yang membawa kepada menyamakan Orang Islam dengan penyembah berhala, dan hukum yang berikutnya,huraiannya tentang syahadah, sikapnya menentang aliran Imam Asy’ari dengan terang-terang, konsepnya tentang taklid dan bid’ah, sikapnya yang negatif terhadap ulul-amri sebagaimana yang jeas berhuibungan dengan khilafah Uthmaniah, sikapnya menjadikan mazhab empat sebagai sesuatu yang negatif, peringanan ijma’, demikian seterusnya memberi pendekatan dan kedudukan yang berlainan sama sekali daripadaAhlissunnah.Sudah tentu ini bercanggah sekali dengan apa yang menjadi pegangan di negeri ini. Sayangnya golongan ini sedang mencanangkan bahawa merekalah adalah yang Ahlissunnah sebenarnya dan golongan lain tidak Ahlissunnah.Mereka adalah saudara-saudara kita yang membid’ah bahkan kadang-kadang mengkafirkan kita. Cara berfikir dan sikap sedemikian perlu jangan dibiarkan berkembang di kalangan Muslimin Malaysia.Sebagaimana yang dinyhatakan oleh al-Mawardi rh dalam ’al-Ahkam al-Sultaniyyah’ uliamri negeri ini bertanggungjawab untuk menjaga supaya ajaran dan amalan Ahlissunnah waljamaah tidak terganggu.Wallahu a’lam.
Kemudian ia seterusnya memberi penerangan menentang saudaranya dengan menghuraikan kesilapan Muhammad ibn ’Abd al-Wahhab memberi hurain mengkafirkan orang Islam dengan senangnya kerana fahamannya yang tidak tepat itu.{فصل} اذا فهمتم ما تقدم فانكم الآن تكفرون من شهد ان لا اله ا ّ لا اللهوحده و ا ّ ن محمدا عبده و رسوله و اقام الصلاة و آتى الزكاة و صام رمضان و حجالبيت مؤمنا بالله و ملائكته و كتبه و رسله ملتزما لجميع شعائر الاسلام و تجعلوﻧﻬمكفارا و بلادهم بلاد حرب فنحن نسئلكم من امامكم في ذلك و ممن اخذتم هذاالمذهب عنه فان قلتم كفرناهم لاﻧﻬم مشركون بالله و الذي منهم ما اشرك بالله لميكفر من اشرك بالله لانه سبحانه قال (اِنَّ الله َ لا يَغْفِرُ َا ْ ن يُشْرَكَ بِ ه * النساء: ٤٨ ) وما في معناها من الآيات و ان اهل العلم قد عدوا في المكفرات من اشرك بالله {قلنا}حق الآيات حق و كلام اهل العلم حق و لكن اهل العلم قالوا في تفسير اشرك بالله ايادعى ان لله شريكا كقول المشركين هؤلاء شركاؤنا و قوله تعالى (وَ مَا نَرَى مَعَكُمْ- ٢٠ -شُفَعَآءَكُمُ الَّذِينَ زَعَمْتُمْ َا ُ ﻧﻬمْ فِي ُ كمْ شُرَ َ كاؤُا * الانعام: ٩٤ )

  • Biodata Hamba
      :: Nama ::
      Mohammad Aris Bin Arshad
      :: Asal ::
      Sandakan, Sabah
      :: Pendidikan ::
      Diploma Perguruan Malaysia
      :: Opsyen ::
      Peng.Sains / Peng. Melayu
      :: Email ::
      mohammadarisarshad@yahoo.com.my atau Arisarshad@gmail.com
      :: Alamat ::
      SK. Karamunting, WDT 25, 90009, Sandakan,Sabah
      :: Phone Number ::
      014-8665958

    Mutiara Kata

    • Tujuan agama yang benar dan ilmu yang benar hanyalah satu iaitu menuju kebenaran yang mutlak.Ilmu untuk mengetahui dan agama untuk merasai.Ilmu untuk bendanya dan agama untuk jiwanya. ( Hamka ). Orang yang berakal, tidak berdukacita kerana miskin, bahkan yang menjadikannya berdukacita ialah sekiranya ia berkurangan akal dan tidak mengerjakan amal soleh. (ulama). Sabda Rasulullah saw : Sembahlah Allah eakan-akan kamu melihatNya. Jika kamu tidak melihatNya yakinlah bahawa Allah melihat kamu. Dengan cara begini kamu tergolong di kalangan orang yang baik. (Riwayat Imam Ahmad)

    Degupan

    Waktu Solat

    Notice Board


    Bermula 2 Februari 2009
    7.00 malam

    [TONTON ONLINE]