Personaliti dan Perwatakan

Kata umum Ma'bad: " Aku melihat seorang lelaki yang tampan dan menarik. Mukanya cerah dan tingkahlakunya amat menarik. Badannya tidak terlalu kurus dan tidak terlalu terlalu gemuk, tetapi tampan dan mempunyai susuk tubuh yang seimbang. Matanya berwarna hitam dan bulu matanya panjang. Suaranya kuat tetapi tidak keras. Anak matanya sangat hitam dan bola matanya sangat putih. Alisnya tidak terlau terpisah dan tidak pula bercantum di antara kedua-duanya, tetapi dipisahkan oleh rerambut yang halus. Hujung bulu matanya tajam, rambutnya berwarna hitam pekat, janggutnya lebat dan lehernya jinjang".
"Apabila diam dia tenang dan apabila bercakap suaranya bergema seakan-akan memenuhi kawaan sekeliling. Ucapannya seperti aliran rangkaian mutiara, lembut dan jelas. Dia tidak pendiam dan tidak pula bercakap banyak. Jika didengar dari jarak yang jauh, suaranya lantang tetapi sedap didengar dan jika didengar dari jarak dekat, suaranya lembut dan lunak".
"Dia sederhana tinggi, tidak terlalu tinggi sehingga kelihatan tidak menarik, tidak pula terlalu rendah sehingga kelihatan hodoh. Dia memberi kegembiraan kepada sahabat-sahabat dan mendapat penghormatan serta penghargaan yang tinggi daripada mereka. Para pengikutnya sentiasa mengelilinginya dan mendengar kata-katanya dengan teliti serta melaksanakan perintahnya dengan secepat yang mungkin. Dia diberi layanan dengan penuh khidmat dan dikasihi, dia bukan pemarah dan tidak bersifat kasar".

Rasulullah s.a.w daripada Kaca Mata Orang Bukan Islam

Arthur Gilman menulis : " Nabi Muhammad patt diberi sanjungan tinggi kerana semasa peristiwa penaklukan Makkah, ketika ingatannya terhadap segala perbuatan buruk orang Quraisy terhadap baginda pada masa lalu sepatutnya menimbulkan perasaan ingin membalas dendam dihati baginda, sebaliknya baginda melarang tentera yang bersamanya daripada melakukan sebarang pertumpahan darah, malahan, beliau menunjukkan rasa rendah diri dan bersyukur kepada Allah kerana pertolongan-Nya. Hanya seramai sepuluh atau dua belas orang yang dihukum kerana kekejaman mereka berbanding kekejaman orang-orang Crusader yang membunuh tujuh puluh ribu orang Islam termasuk kanak-kanak yang tidak berdosa pada tahun 1099 apabila Bait al-Maqdis jatuh ke tangan mereka
Irving Washington berpendapat: " Kemenangan pasukan tentera beliau menyedarkan mereka bahawa tiada kemegahan dan keistimewaan untuk mereka kerana mereka sendiri yang akan menerima akibatnya jika mereka bertindak sedemikian. pada masa beliau menjadi orang yang sangat berkuasa, belaiu mengekalkan sifat kesederhanaan dan memperlihatkan diri di khalayak ramai dalam keadaan yang sama seperti beliau menghadapi kesusahan dahulu.
Major Arthur Glyn Leonard : Untuk memahami jiwa Muhammad atau roh Isam, sarjana sendiri....mestilah, pada permulaannya mengetahui bahawa Muhammad bukan semata-mata menjual semangat atau seorang pengembara yang kasar, tetapi merupakan seorang yang paling jujur dan mempunyai semangat yang kuat pada setiap masa. Beliau buka sahaja yang paling agung, tetapi juga seorang yang paling benar, suatu sifat yang tidak ada pada manusia lain.
Thomas Carlyle menulis: "Seorang yang benar dan taat, benar terhadap apa yang dilakukan, diperkatakan dan difikirkan olehnya. Beliau seorang yang kurang bercakap, suka mendiamkan diri apabila tidak apa-apa yang hendak diucapkan, tetapi sentiasa menepati janji, bijaksana, ikhlas, apabila berkata-kata, sentiasa memberi sinar terhadap perkara yang diperkatakan...

dipetik dari buku : ENSIKLOPEDIA SIRAH, JILID I,
AFZALUR RAHMAN

12:21 PG



Tubuhku
terhenti seketika
kaku tak bergerak
namun terasa getarannya
aku bertanya pada diriku
apakah yang telah terjadi...

Lidahku
kelu untuk berbicara
tak bisa berkata-kata,
lontaran suaraku terputus-putus
hampir tak dengar oleh teligaku..

Darahku
rasanya mengalir deras dan laju
terasa bagai bah yang melanda
merah tubuhku jadinya

Jantungku
debarannya
bukan alang kencang bergetar
bagai taufan yang melanda
bergetar tubuh badanku
menerima gegarannya
aduh..

Akalku
binggung seketika
cuba mentafsir situasi keadaanku
apakah yang telah berlaku ?
apakah yang telah terjadi pada diriku?
ligat mencari maksud tersirat

Lalu...hatiku
berbisisk-bisik
berkata-kata pada akalku
bukankah kau berhadapan dengan....

WANITA YANG KAU CINTAI
WANITA YANG KAU SAYANGI



  • Biodata Hamba
      :: Nama ::
      Mohammad Aris Bin Arshad
      :: Asal ::
      Sandakan, Sabah
      :: Pendidikan ::
      Diploma Perguruan Malaysia
      :: Opsyen ::
      Peng.Sains / Peng. Melayu
      :: Email ::
      mohammadarisarshad@yahoo.com.my atau Arisarshad@gmail.com
      :: Alamat ::
      SK. Karamunting, WDT 25, 90009, Sandakan,Sabah
      :: Phone Number ::
      014-8665958

    Mutiara Kata

    • Tujuan agama yang benar dan ilmu yang benar hanyalah satu iaitu menuju kebenaran yang mutlak.Ilmu untuk mengetahui dan agama untuk merasai.Ilmu untuk bendanya dan agama untuk jiwanya. ( Hamka ). Orang yang berakal, tidak berdukacita kerana miskin, bahkan yang menjadikannya berdukacita ialah sekiranya ia berkurangan akal dan tidak mengerjakan amal soleh. (ulama). Sabda Rasulullah saw : Sembahlah Allah eakan-akan kamu melihatNya. Jika kamu tidak melihatNya yakinlah bahawa Allah melihat kamu. Dengan cara begini kamu tergolong di kalangan orang yang baik. (Riwayat Imam Ahmad)

    Degupan

    Waktu Solat

    Notice Board


    Bermula 2 Februari 2009
    7.00 malam

    [TONTON ONLINE]