8:53 PG


ERTI SEBUAH PERKAHWINAN


Amin………
Ya Allah, Ya Tuhanku, Ku mohon kepada Mu, Kurniakanlah rahmatMu kepada keluarga ku, limpahkanlah rezeki kepada keluarga kami dan jadikanlah kami hamba-hamba Mu yang sentiasa bersyukur.
Amin….
Ya Allah ampunkanlah dosa-dosa kami, ibu bapa kami dan kaum muslimin serta selamatkan mereka daripada seksa neraka Mu.
Amin…..
Arif mengusap kedua tapak tangannya ke muka kemudian berpaling kearah makmun yang telah mengaminkan doanya tadi. Dia memandang wajah-wajah mereka satu persatu sambil tersenyum. Arif menghulurkan tangan kepada anak-anaknya lalu singgah kucupan panas di atas belakang tangan. Apabila tiba giliran isteri yang dicintainya terlebih dahulu dia mengucup dahi isterinya tanda kasih dia pada wanita yang telah berkorban untuknya selama ini. Dia bukanlah wanita yang dicintai oleh Arif, bukan juga calon untuk bertakta dihatinya, jauh sekali terbayang diruang fikiran untuk mengenalinya. Hati Arif sebenarnya milik seorang gadis kampungnya yang memang amat dicintai selama ia mengenal erti cinta. Selama 4 tahun gadis tersebut menanti kepulangannya dari belajar di sebuah sekolah di semenanjung, namun qada dan qadar Allah SWT tiada siapa yang tahu.
Kini 17 tahun telah berlalu usia perkahwinan mereka, masa begitu pantas berlalu. Arif masih terlalu muda ketika dicalonkan untuk berkahwin dengan isterinya. Masih terbayang diruang ingatannya, bagaimana guru yang mendidiknya sejak kecil bertemu dengan kedua ibubapanya untuk memaklumkan bahawa dia ingin mengahwinkan Arif dengan seorang perempuan yang difikirkannya amat sesuai buat diri Arif. “Bang, saya fkir elok sahaja kita kahwinkan si Arif”..kata gurunya kepada ayah Arif. “Sudahkah ada calonnya Brahim”..balas ayah Arif. “Ada, orang kampong Bokara,”..jawab gurunya. “Hai! Mahal permintaan mereka tu, Brahim,” kata ayah Arif dengan rasa terkejut sedikit. “Insya Allah…budaknya ada didikan agama,”..kata gurunya menenangkan hati ayah Arif serta ibunya yang sedari tadi hanya mendiamkan diri sahaja.
Apabila ayahnya bertanya kepada Arif akan hal ini, Arif hanya mampu berkata “jika itu yang difikirkan baik buat diri saya, mudah-mudahan ada hikmah disebalik pewrkahwinan itu nanti”..balas Arif. Namun jauh disudut hatinya berkata-kata “kenapa bukan gadis yang aku cintai?” tetapi kerana hormat dan taat kepada orang yang melahirkan, membesar serta mendidiknya, didiamkannya sahaja perkara ini.
Proses peminangannya berjalan dengan baik. Pihak keluarga isterinya menetapkan hantaran sebanyak RM 3,000.00 dan tempoh bertunang selama enam bulan. Namun terdapat juga sedikit penentangan dari pihak keluarganya, “Apakah tidak ada lelaki di kampong ini lagi yang layak menjadi pilihan kamu, ‘pelik..pelik’ kata mereka kepada bakal isteri Arif ketika itu.
Mungkin juga ada kebenaran kata-kata itu, kerana mereka sanggup menerima Arif sedangkan ketika itu Arif belum lagi punya apa-apa pekerjaan malah menerima diri Arif dengan seadanya. Hingga saat ini Arif masih terasa begitu bangga dan hormat kepada mertuanya kerana sanggup mempertahankan pendirian isteri Arif dan ia sendiri tahu serta maklum akan situasi Arif ketika itu. Hari demi hari berlalu dalam tempoh pertunangannya terasa begitu lama berlalu. Arif sebenarnya tak sabar untuk mengenali bakal isterinya dengan lebih dekat. Arif tak pernah berjumpa atau bercakap dengannya hanya cerita dari mulut ibunya sahaja yang mengatakan bahawa bakal isterinya seorang yang cantik.
30 Ogos adalah hari yang menjadi detik penuh kenangan manis dan lucu buat Arif. Saat yang dinantikannya selama ini akhir tiba jua. Kegusaran hatinya begitu kuat bagai badai tsunami yang melanda. Fikirannya merawang jauh entah ke mana, dia takut nanti bakal isterinya bukanlah seperti yang digambarkan kepadanya. Namun Arif tekad dan berpesan kepada hatinya agar menerima bakal isterinya walau bagaimana sekalipun kerana yang penting ialah agama serta akhlaknya.
Upacara akad nikah berjalan dengan penuh ketenangan, semua telinga tertumpu kepada lafaz akad nikah yang akan disampaikan oleh tuan imam. Bacaan khutbah nikah tentang tanggung jawab suami isteri disampaikan dengan tujuan menjadi panduan hidup bagi mereka yang akan menempuh alam rumahtangga. Setelah selesai khutbah tuan imam terus memegang tangan Arif dengan kemas seterusnya melafazkan kalimah “Aku nikahkan kamu dengan Kamilah Bt. Akmal yang bapanya berwakil wali kepadaku dengan mas kahwinnya seratus ringgit tunai,” ..lafaz ijab tadi terus disambut oleh Arif dengan pantas dan tenang “Aku terima nikadnya Kamilah Bt. Akmal dengan mas kahwinnya seratus ringgit tunai,” Tuan imam beranya kepada kedua orang saksi kahwin “sah” Arif hanya mampu tunduk saja ketika itu dan apabila kedua saksi berkata “sah”takbir bergema diseluruh ruang tamu. Rasanya makluk yang paling kecewa dan malang pada hari itu ialah Iblis kerana tertegak lagi sebuah masjid dan bermula saat itu Arif bergelar “Suami”
Tok..tok..tok.. bunyi ketukan pintu diiringi ucapan salam dari luar pintu bilik tempat Arif akan beradu pada malam pengantinnya. Goncangan serta debaran jantung Arif bergerak pantas. Arif menjawab salam lalu bangun membuka pintu. Isterinya masuk dengan membawa sedulang minuman serta kuih. “Ustaz tolong anti tanggal penutup muka ni”, katanya isterinya sambil berdiri dihadapan Arif. “Hai takkan tak boleh buka sendiri, tetapi mungkin juga dia hendak mengujiku”….kata hati kecil Arif. Tangan Arif bergetar sedikit, namun dia memberanikan diri jua untuk melihat wajah yang selama ini tersembunyi disebalik lapisan kain nipis. Tak berani Arif memandang wajah isterinya apabila penutup wajah selamanya selama ini akan ku tanggalkan. Namun segalanya berubah perasaan cemas, gelisah dan kegoncangan hatinya terus lenyap apabila saja ia memandang wajah isterinya yang begitu ayu dan cantik pada pandangannya. Hanya kalimah ‘yes’ yang dapat dilafazkannya atas penantian selama ini. Isterinya tersipu malu sambil berkata “Ustaz…kenapa ‘yes’, ucaplah Alhamdulillah”. Arif tersipu malu atas kealpaannya dengan nikmat Allah.
Oh Yuk..! tegur isteri Arif, terkejut seketika ia dari lamunannya. “Apa yang dimenung tu”..tanya isterinya. “ tiada apa-apa neng”.. balas Arif menjawab pertanyaan isterinya. Rupanya usia perkahwinannya telah mencecah 17 tahun. Anak-anaknya membesar dihadapan isterinya sebab tugasnya sebagai seorang guru yang mengajar dimerata tempat terutama semasa mengajar di pulau menghalang dia membawa mereka bersama. Kekadang sayu hati Arif melihat isterinya melayan karenah anak-anak. Pengorbanan yang dicurahkan kepada Arif ketika dia belajar di Maktab selama 3 tahun tanpa suami disisi tidak dapat dilafazkan dengan kata-kata.Tiga tahun dengan hanya mempunyai pendapatan dari elaun guru pelatih, isterinya membesarkan anak-anak, betapa susah hidup ketika itu, namun tak pernah dia mengeluh didepan Arif. Isterinya juga sedar betapa Arif perlu sokongan moral bagi meneruskan kariernya. Hanya doa kepada Allah SWT sahaja yang mampu Arif pohonkan agar isterinya diberikan kekuatan dan kemurahan rezeki.
“Yuk..oh Yuk!..mengelamun?”..tegur isterinya kembali. ‘Yuk’ itulah panggilan isterinya selama 17 tahun perkahwinan mereka. Pernah juga kawan-kawan Arif bertanya kenapa tak panggil ustaz, ling atau abang. “kami yang tak mahu, aku nak dia panggil diriku ikut kesenangan hatinya”..balas Arif menjawab pertanyaan kawan-kawannya. Teringat kembali Arif ketika ia berbual-bual dengan isterinya pada malam perkahwinan mereka. Itulah detik pertama kali Arif cuba mengenali isterinya. Betapa indahnya sebuah percintaan ketika menjadi suami isteri. “ Saya kalau di rumah, mamaku panggil ‘Neng’” kata iserinya kepada Arif. “Saya, tiada pula nama timangan tapi kawan-kawan panggil nama saja”..beritahu Arif kepada isterinya. “Apa kata, kalau saya panggil ‘Yuk’ bolehkan” ..kata isterinya kembali. Bermula dari malam itu hingga kini panggilan ‘Yuk’ itu kekal menjadi panggilan isterinya.
6 September 1988, merupakan saat yang paling gembira bagi Arif dan isterinya, kerana mereka dikurnia seorang bayi perempuan yang comel. Ikatan kasih mereka bertambah dengan kedatangan bayi tersebut

0 Responses to " "

Catat Ulasan

  • Biodata Hamba
      :: Nama ::
      Mohammad Aris Bin Arshad
      :: Asal ::
      Sandakan, Sabah
      :: Pendidikan ::
      Diploma Perguruan Malaysia
      :: Opsyen ::
      Peng.Sains / Peng. Melayu
      :: Email ::
      mohammadarisarshad@yahoo.com.my atau Arisarshad@gmail.com
      :: Alamat ::
      SK. Karamunting, WDT 25, 90009, Sandakan,Sabah
      :: Phone Number ::
      014-8665958

    Mutiara Kata

    • Tujuan agama yang benar dan ilmu yang benar hanyalah satu iaitu menuju kebenaran yang mutlak.Ilmu untuk mengetahui dan agama untuk merasai.Ilmu untuk bendanya dan agama untuk jiwanya. ( Hamka ). Orang yang berakal, tidak berdukacita kerana miskin, bahkan yang menjadikannya berdukacita ialah sekiranya ia berkurangan akal dan tidak mengerjakan amal soleh. (ulama). Sabda Rasulullah saw : Sembahlah Allah eakan-akan kamu melihatNya. Jika kamu tidak melihatNya yakinlah bahawa Allah melihat kamu. Dengan cara begini kamu tergolong di kalangan orang yang baik. (Riwayat Imam Ahmad)

    Degupan

    Waktu Solat

    Notice Board


    Bermula 2 Februari 2009
    7.00 malam

    [TONTON ONLINE]